Roti Labu

Salam untuk semu.
 Roti labu masih mengunakan resepi yang sama dengan roti labu yang dibuat bentuk bun minggu lepas. Cuma hari ni buat dalan satu bekas besar menjadi 1 loaf of pumpkin bread. Untuk resepi kali ni airnya dikurangkan dan labunya dilebihkan sedikit.Memang sedap dihidang bersama secawan kopi.




Bahan :
  • 300 gr tepung roti
  • 100 gr tepung gandum
  • 100 gr labu, kukus, haluskan (P.Ros guna 150grm labu yang dah dikukus)
  • 15 gr susu tepung
  • 2 butir telur ( P.Ros pukul dan tinggalkan sedikit untuk buat eggwash)
  • 75 gr gula pasir
  • 2 sdt yis segera
  • 77 gr margarine
  • 1 sdt garam
  • 100 ml air sejuk dari peti sejuk (Airnya P.Ros masukkan sedikit-sedikit semasa menguli dan tak habis pun 100 ml ).


Cara membuat bun :
  1. Campur tepung, gula, susu, labu, yis, aduk rata, ketepikan.
  2. Tambahkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
  3. Tambahkan marjerin, uli hingga elastis, diamkan 30 menit.
  4. Tumbuk2 sedikit adunana dan  timbang 50 gr setiap sebiji dan susun dalam tray diamkan 10 minit. 
     Untuk loaf ni P.ros tumbukkan sedikit adunan untuk keluarkan angin dan masukkan dalam acuan bread loaf. Tekan tekan sedikit supaya rata. Rehatkan selama 20 minit. Sapukan telur diatasnya dan tabur biji kuaci.
5- Panaskan oven dgn suhu 180 C dan bakar hingga roti kuning keemasan. selama lebih kurang 25 minit.

                                                                    happy cooking 

Comments

  1. assalam kak ros..
    nampak sedap roti tu.
    atie suka kalau labu dibuat roti atau donat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Atie..cakap pasal donut..kak ros pun nak cuba buat donut labu tu..

      Delete
  2. salam Ros nampak selera sekali tu sdg lapar ni aduhsss

    ReplyDelete
  3. adoiiii...time lapar2 nih tengok plk roti labu ni...nyum nyum..tak tahan...

    ReplyDelete
  4. Dah terbayang bayang akan kesedapan roti labu....mai sepotong..

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. sangat jelita menawan qolbu rupa paras roti labu Puan Ros ni...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Ros..Wahhhhh nampak sedap betul roti ni...Saya jugaaaa sekarang ni dah macam nak pencen je baking2 ni...Tapi bila tengok orang len buat, jelesss plak.....

    ReplyDelete
  7. Assallamualaikum kak Ros..

    Cantik warna kuning roti labu ni tp Nadz sekarang tak boleh sgt makan labu dan mknn2 yg berangin ni. Perut tak berapa tahan lah sejak preggy ni.. Rajin akak meroti..

    ReplyDelete
  8. Assalam kak ros,
    waduh dah type panjang2 dia hiang pulak...grr..hehe
    kita dah lama tak meroti..ada satu packet tepung roti belum
    buka lagi..entah dah expire ot..hehe..namapk gebus roti kak ros..
    kita nak buat kentang mafin kak ros tu lepas sehari sehari tau..ins yallah cuti sekoalh ni mesti nak buat..kalau tak buat juga memnag nak kena lempar dgn kentang kita tau..heheh

    ReplyDelete
  9. Tengok roti labu kak Ros ni teringatlah pulak kek labu... adeeh sedapnyalah labu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts