Spring Onion Pancake

 

Salam untuk semua.
Spring onion pancake yang dibuat pagi minggu lepas.Salah satu jenis lempeng versi masyarakat cina..mereka suka masukkan banyak-banyak daun bawang. Kawan-kawan boleh tengok gambar pada link resepi asal ya. 
Lempeng ni P.Ros gabungkan daun bawang dan ikan bilis sebab daun bawangnya ada satu ikat je tapi mulut berangan nak makan lempeng daun bawang ni sejak malamnya. Seperti kebanyak dumpling atau dimsum yang selalu dihidangkan dgn campuran kicap cair, cuka dan cili padi. lrmpeng ini juga boleh dihidang dengan cara yang sama. 
Cara membuat lempeng ni rasanya lebih kurang sama dgn cara membuat roti canai je.Tak susah pun dan rasanay sedap serta mengenyangkan.

Lihat lah resepi asal dan cara membuatnya here

Bahan-bahannya (dapat 4 keping)


* 450 grm tepung gandum
* 1/3 cawan minyak masak
* 1/2 sudu garam (boleh kurangkan sebab ikan bilis pun ada rasa masin)
* Daun bawang sebanyak yang disukai(P.Ros guna satu ikat)
* 1 cawan air agak suam
* 1/4 - 1/3 air biasa(P.Ros guna sedikit saja)
* 80 grm ikan bilis bersaiz kecil(yang ni P.Ros tambah sendiri)

Cara-caranya
1- Ambil dalam 60 grm tepung dari jumlah 450 grm tadi dan campurkan dengan 1/3 cawan minyak masak.Kacau sebati dan ketepikan.
2- Untuk gandum yang selebihnya, masukkan dalam mangkuk dan masukan air suam. Uli sebati dan tambah sedikit air sejuk atau sebanyak yang diperlukan.Uli adunan menjadi doh yang lembut dan licin.Tutup dengan tuala lembab dan biarkan selama 30 minit.
3- Basuh bersih daun bawang dan keringkan. Potong halus (puan ros letakkan daun bawang yang dah dipotong diatas toilet roll untuk mengeringkan air-air dari lubang daun bawang, Daun bawang perlu dikeringkan bagi mengelak adunan menggelembung semasa dicanai.)
4- Basuh ikan bilis dan tapis buang habuk2nya.Panaskan kuali tampa minyak dan goreng ikan bilis sekejap sehingga airnya kering.Angkat, sejukkan sekejap dan dipotong halus-halus.Campurkan ikan bilis bersama daun bawang yang telah dikeringkan tadi.
5- Selepas 30 minit sapu sedikit minyak pada papan canai dan tangan. Bahagikan doh kepada 4 bahagian doh yang sama besar.

6- Canai adunan menjadi bulat dengan ketebalan lebih kurang 1 mm. Sapukan campuran minyak dan gandum hingga rata .
7- Taburkan pula campuran daun bawang dan ikan bilis.Gulung adunan menjadi bentuk yang panjang.dan gulung bahagian hujung sebelah kanan hingga bertemu hujung sebelah kiri menjadi seperti bentuk  spiral shell. Selitkan bahagian hujung adunan spiral ni pada bahagian bawahnya. Buat cara yang sama pada kesemua 4 bahagian adunan tadi. Biarkan selama 30 minit.
8- Selepas 30 minit ambil sekeping adunan spiral tadi dan canai menjadi sekeping bentuk roti yang bulat dan leper seperti roti canai.
9- Panaskan non stick pan dan masak roti dengan api sederhana. Tutup kuali dan masak selama beberapa minit. Buka penutup dan masak bahagian sebelah lagi. Masak sehingga kedua-dua bahagian roti bertukar perang dan garing.
10- Masak hingga semua siap dan potong sebelum dihidangkan. Hidanglah bersama campuran kicap cair dan sedikit cuka serta potongan halia muda dan cili padi.



                                                                    happy cooking 

Comments

Post a Comment

Popular Posts