Kelongsong Roti


Salam untuk semua. 
Hari ni Selangor cuti, maka dapat la kedapur buat sarapan untuk kami 3 beranak. Anak dara yang 2 orang masih lagi bercuti di Singapore.
Pagi ni P.Ros buat resepi yang sangat simple.Tiba-tiba teringat resepi ni yang pernah dilihat dalam salah satu buku masakan kat popular book shop. Resepi ingat-ingat lupa sebab buku tu tak dibeli pun.
Amat senang untuk membuatnya. Pagi ni P.Ros guna 6 keping roti bersama 1 tin Tuna Mayo dalam tin. (lebih sedap buat sendiri tuna ni,tapi hubby dah salah beli, guna je la). Dapat la 2 biji seorang.Makan bersama teh atau kopi panas dan sedap dimakan semasa rotinya masih panas kerana boleh rasa kegaringan roti tu.



 Bahan-bahannya
* 6 keping roti gardenia
* 1 tin tuna Mayo (lain kalli nak bancuh sendiri, tak suka yang dah  siap ni)
* 1 batang penyungkil gigi
* Parutan cheese mozarella secukupnya
* Sedikit daun lettuce yang dipotong halus

Cara-caranya
1- Ambil sekeping roti (tak payah dibuang tepinya) gelek roti menjadi leper dan agak nipis.
2- Ambil sekeping roti yang dah digelek tadi dan buat kelongsong dengan kemas. Roti yang nipis agak senang untuk ditekan tepinya untuk membuatnya nampk kemas. Cucuk roti dengan sebatang pencungkil gigi.(Jangan buat kelongsong terlalu kecil, nanti susah nak masuk intinya).
3- Masukkan lebih kurang 1 sudu besar inti (campuran tuna dan mayo) dan letakkan sejemput parutan cheese diatas. Tekan biar sedikit kemas supaya cheese tak meleleh keluar semasa dibakar.
4- Atur roti diatas dulang dan bakar roti selama lebih kurang 20 minit atau hingga bahagian atas cheese kelihatan sedikit keperangan. Roti juga terasa garing apabila disentuh.
5- Bila dah garing keluarkan dari oven dan taburkan sedikit potongan daun lettuce sebelum dihidangkan.
Note: Jangan lupa menarik keluar pencungkil gigi sebelum dihidang-lebih2 lagi kalau dihidang pada anak2.
                                                                               happy cooking 



.

Comments

  1. Looks so delicious roti, tapi pagi ini tak ada selesa makan lah! hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choo King, senang je nak buat ni..cuba ya..maybe selera kan bertambah..hahaha

      Delete
  2. Cantik dan nampak sedapnya... walau mudah tapi kena rajin baru boleh buat ni..

    ReplyDelete
  3. salam Pn Ros..kreatif & menarik tuk dicuba.. :)

    ReplyDelete
  4. Cantik dan kreatif lah Ros...mesti sedaap...da tunjuk kat si kecik nekcik...sutuh dia buat camni nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik, senang nak buat ni, memang anak-anak pun boleh belajar buat ni..cuba ya.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts