Bendi And Gyoza

Salam semua.Dah habis beraya.Semestinya belum kan?????Masih boleh makan menu raya???oh...tidak....sudah cukup rasanya.
Maka untuk hari minggu lepas kita dengan semangatnya buat gyoza ni untuk sarapan. Memang berselera the old laling ang little laling makan.Tuan yang menulis ni juga tak kurang  berselera menikmati sarapan pagi sabtu tu.
Inti gyoza tu memang sengaja dibuat lebih dan dah bercadang nak buat inti sayur bendi yang ditanam my laling sendiri.
Sedap juga makan bendi berintikan campuran udang dan ayam ni.P.Ros goreng dan tidak kukus,lepas tu ratah je macam tu,dan tengahari buat nasi goreng yang digandingkan dengan bendi berinti ni.
Intinya sama dengan inti gyoza tu ya. Cuma bersihkan bendi,belah dua tapi jangan sampai putus dan keluarkan bijinya.
Masukkan inti hingga penuh dan goreng sampai garing dalam minyak panas (P.Ros simpan didalam peti selama beberapa jam sebelum digoreng).


Bahan Inti (gandakan bahannya jika nak lebih)
*  100 grm kubis dipotong halus

*  1/2 biji carrot diparut halus

*  2 batang daun bawang potong halus

* 14 ekor udang sederhana besar dipotong halus

* Lebih kurang 200 grm minced chicken

* 1 1/ 2 sudu kecil minyak bijan

* 1 sudu besar tepung jagung

* 1 sudu kecil gula

* garam secukup rasa

* 1 packet kulit gyoza 

                                                                 happy cooking

 

Comments

  1. Assalam puan Ros..izinkan ambil resepi ye..tengok gambar yang dah letak bendi tu...nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  2. Salam acik.Silakan....terima kasih beribu-ribu lemon kerana sudi nak cuba resepi ni ya.

    ReplyDelete
  3. Rajin betul kak Ros buat gyoza... teringin pulak nak merasanya kak! Tu..bendi tu pun nampak menyelerakan! kalau saya makan 5 batang belum tentu cukup ha ha ahahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie,sama la kita...kak ros ratah entah berapa biji tak tau...

      Delete
  4. Kak ros..teringin nak rasa tapi malas nak buat.. Cam ne tu?

    ReplyDelete
  5. aduh kak Ros...tgoda pula tgk bendi berinti tu...amat mnarik skali utk dicuba...QH nk amik yer resepi ni...tq...

    edible image utk coklat oreo tu QH beli yg dh siap aje...kat Bake Yin KL...biase kalau time raya mmg ade EI tu...

    ReplyDelete
  6. bundo suka... bundo suka....nak buat jugak.

    ReplyDelete
  7. salam kak ros.. wahhh.... jakun tun nengok bendi tuu.. inti dia x terkeluar pulak ye time goreng. tun hantu bendi, nnti blh buat nih.

    ReplyDelete
  8. saya suka gyoza juga, today going to fry bendi but tempura style!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts