Pulut Kuning Tanak

Salam jumaat yang suci untuk semua.
Ini kisah orang mengidam...buka mata disubuh yang hening tiba-tiba teringin nak makan pulut kuning dan ayam rempah...betul-betul teringan nak makan.
Masuk kedapur dan capai bungkusan beras pulut. Dicuci bersih 2 1/2 pot (pot periuk letrik) lalu dimasukkan kedalam rice cooker.
Capai sekotak santan segera 200ml dan dicurahkan kedalam periuk,kemudian masukkan pulak air kedalam kotak yang sama dan digoncang-goncang sedikit lalu dituankan dalam periuk.Campur 1/2 sudu kecil garam.1/4 sudu kecil serbuk kunyit dan setitik pewarna kuning.Kacau rata semua bahan dan pasang suiz.
Alhamdulillah bila dah siap menyiapkan diri untuk hantar little laling kesekolah dan seterusnya ke offfice, pulut pun dah siap ditanak.Walau pun teringin nak makan dengan ayam rempah yang tak kesampaian dapat juga diganti dengan sambal daging dari kampung halaman ku negeri cik siti wan kembang.
Sebenarnya keinginan memasak pulut ni bermula dari minggu lepas semasa buat gathering raya untuk adik-beradik P.Ros. Abang yang sulung memang suka makan pulut, jadi dah niat nak masakkan untuk dia.Malangnya last minit dia terpaksa kejohor kerana urusan kerja,makanya hajat tu terbantuk dan gambaran pulut kuning tu asyik bermain dimata.Mungkin itu la sebabnya hari ni terasa sangat nak makan pulut kuning tu.Dah pun menjadi dan bukan la mengidam disebabkan apa-apa......selisih....
                                                                                happy cooking


Comments

  1. akak suka pulut yg macam ni tapi bila makan rasa nk lentuk ja kan kena makan time malam lah ni baru best titun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Noor, tau tak ros suka pulut kuning cicah air teh!!!! ada tak orang macam gitu???

      Delete
  2. emrrr,,,sedapnyer..selalu kalo tanak pulut, terlembik la plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai CK....pulut biasanya kena kurangkan air.tak sama macam masak nasiKan??

      Delete
  3. waduh sedapnyer pulut kuning tu kakros..saya pun selalu tanak jek pulut sb maleh nk kuarkan pengukus..hehe! lg sempoi guna microwave..x berkerak langsung..mmg best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ina .Kak Ros pun kadang2 masuk microwave jugak.Kalau dgn rice cooker,bila pulut dah kering terus tutup suiznya,baru tak berkerak.

      Delete
  4. Pandai Kak Ros tanak pulut. kalau Amie... alamat lembiklah, atau mentah tak masak...he he he ehh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts