Chee Cheong Fun

Salam hari minggu semua. Biasanya chee cheong fun dimakan untuk sarapan.Tapi kat rumah ni anything chinese, we eat at any time we like.
Dah lama tak buat chee cheong fun,kebetulan hari ni bawa little laling ke popular book shop.Sambil menunggu dia menghabiskan masa membaca buku2 yang disukainya ,P.Ros  pun rembat 2 3 buku masakan dan cuci mata dengan resepi2 didalamnya. Terpikat dgn 1 buku masakan cina yang berharga RM113.00. Aauuu...mahal sangat tu...dengan dunia yang canggih dan dalam dunia blogger macam2 resepi masakan boleh dicari,jadi rasanya tak perlu membelanjakan wang sebanyak itu.
Setelah melihat buku masakan cina tadi maka terasa la pulak nak makan masakan cina malam ni.My laling apa lagi...terus setuju dan happy. 5 batang chee cheong fun dimakan sorang-sorang. Kalau sapa-sapa berkenan boleh la tengok resepinya ya. Cara membuat chee cheong fun step by step ada kat sini
Bahan-bahan  chee cheong fun (P.Ros buat 2 kali ganda adunan ni untuk kami berlima)
* 230ml air

* 70grm tepung beras

* 1 sudu besar wheat flour

* 1/4 sudu garam

* 2 sudu besar minyak masak

Bahan inti

* 90 grm udang kering (direndam dalam air panas selama 15 minit dan tumbuk biar agak pecah)

* 1 pokok daun bawang dan sedikit hirisan bawang besar

* 2 sudu kicap manis

* 1 sudu kicap cair

* 1 sudu minyak bijan

* 1 sudu besar minyak masak

cara memasak

1-Panaskan 1 sudu minyak dan tumis bawang besar,masukkan pulak udang kering dan goreng sebentar.

2- Masukkan pula kicap cair dan kicap manis serta daun bawang.Kacau hingga udang kering masak dan masukkan daun bawang.Angkat dan sejukkan.

Bahan tabur

*  1 packet kecil bijan (di goreng tampa minyak)

* potongan daun bawang

 Untuk sos
* 1 sudu besar taucu (P.Ros guna cap tamin)

* 3 sudu besar sos hoisin

* 2 sudu besar kicap manis

* 1 mangkuk sedang air

* 1 sudu kecil minyak bijan

*2 ke 3 sudu besar gula (bergantung pada kemanisan yang diingini ya)

*1 sudu kecil tepung jagung dibancuh bersama sedikit air

Masukkan bahan * kedalam blender dan blend sampai kacang masin  hancur. Masak sos hingga mendidih.Masukkan gula dan minyak bijan. kacau sebati..Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan boleh dihidangkan sejuk atau panas.

Nota: tambahkan bancuhan tepung jagung sekiranya kuah cair sebab saiz mangkuk kita mungkin berbeza. 

                                                                     happy cooking

Comments

  1. tak penah makan tapi nmpak macam sedap je ni bolehlah copy resepi nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nor salam.Chee cheong fun tu boleh beli kat pasar malam,tempat orang jual young taufoo.

      Delete
  2. My daughter said aunt Ros pandai masaknya...

    ReplyDelete
  3. mahal nya buku tuh...smpai beratus harganya...xmampu la den...tp apapun menyelerakan betul makanan tuh...tp xpernah makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahalkan...Ada ada jual kat pasar malam.Tempat jual youngtaufoo, yang nampak macam kuihtiau...tu.

      Delete
  4. Assalam,

    Like Like..Sedapnyer... tq sharing resipi.. bila laa saya dpt buat nih. :-)

    ReplyDelete
  5. Salam Ros,, K1 da buat dapat tiga ketui cukup laa tuk 2 org makan.. lain kali kena doublekan adunan anak suker TQ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak1 wah dah buat ya.# ketu besar ke????Kalau kat umah ni 3 ketul tu hubby makan sorang tak cukup!!!tu la sebab Ros buat sampai 3 atau 4 adunan.

      Delete
  6. salam pn ros,
    hanim suka chee cheong fun ni tapi makan dengan kari ayam pekat.
    seedap ............

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts