Cinnamon Bread


Cinnamon bread dibuat untuk breakfast pagi semalam gara-gara tak dapat tidur. Concert dan graduation untuk anak-anak ditadika tak lama lagi. Makanya tidur tak lena dan makan sekenyang-kenyang dibuatnya.
Satu penyakit yang pasti bila tak boleh tidur,makanya P.Ros biasanya menghabiskan masa didapur.Pastinya jam 2 atau 3 pagi mengeledah apa yang ada didapur yang boleh dikerjakan untuk dijadikan hidangan mulut ini.
Pada setiap masa walau dimana saja...anything with cinnamon, I love it!!!! . pekena dengan kopi untuk dijadikan ubat agar terus tak payah tidur hingga ke esoknya.UUaa...uuuaaa...cerita yang sama berlaku kat sini
 Resepinya dah pernah letak,tapi tak pe hari ni letak lagi sekali ya. Cuma kali ni tak ade gula perang,so P.Ros guna gula biasa je dan dicampurkan dengan almond nib.
Bahan-bahan untuk roti
1 cawan susu suam
2 biji telur
1/3 cawan(75 grm) margarine(Puan Ros guna butter)
1/2 cawan gula halus
4 1/2 cawan tepung roti (High protein flour)(guna lebih tepung semasa menguli sekiranya adunan lembik sebab ia bergantung pada tepung yang digunakan)
2 1/2 sudu kecil yeast
1 sudu kecil garam
Bahan tabur
1 cawan gula perang
2 1/2 sudu kecil cinnamon
1/3 (75 grm) butter lembut

Cara memasak
1- campukan susu suam bersama yis dan biarkan selama 10 minit
2-Dalam mangkuk besar,campurkan semua bahan roti dan masukkan campuran yis.Uli doh selama 10-15 minit. Tutupkan mangkuk doh dan rehatkan doh selama lebih kurang 45 minit.
3- Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk sedikit sebelum dicanai.tabur gandum atas tempat mencanai dan canaikan doh pada ukuran 21 x 16 inci.
4- Dalam mangkuk kecil campurkan gula perang dan cinnamon
5-Sapukan butter lembut diatas doh yang telah dicanai tadi sehingga habis.Taburkan pula campuran gula dan cinnamon keatas doh sama rata.
6- Gulung doh kemas-kemas dan potong doh menjadi 12 potongan cinnamon roll(P.Ros dapat 15 biji).Atur doh dalam dulang yang disapu sedikit butter.Rehatkan doh selama 20 minit.
7-Bakar dengan kepanasan 180 C sehingga roti kuning keemasan lebih kurang 15 minit.
 
 yang ni saja dimasukkan sausage untuk hidangan little laling.
                                                                 happy cooking



Comments

  1. Assalam Kak Ros,
    tengok roti kita pun dah lama tak buat roti..
    BM kita dah lama tak buat kerja..kena kasi dia buat kerja sikit banyak lemak dia kan..hehe

    My Iqram would love the one with sausages tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu...salam rindu..roti buat sendiri dengan air kopi dipagi hari memang memuaskan la...cuma guna jari-jemari montok ni je untuk mengulinya...

      Delete
  2. Salsm kak ros, kita pun buat roti sbb lama sgt tak buat :D lepas ni mesti nsk meroti jerr sbb dah mula xcersicekn dgn tgn2 ni yg dah byk lemak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ija. betul tu kalau dah sekali buat,mesti nak buat lagi.Kak Ros pun dah tengah pikir nak buat roti apa esok???

      Delete
  3. akak pun teringin nak meroti lah bila tengok cinnamon bread ni tapi belu ada masa lagi n sabo jek dulu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts