Mereka yang sudi.......

Monday, September 17, 2012

Steak Burger

Salam dan Happy Malaysia Day untuk semua.
Permintaan Sang Puteri untuk makan makanan orang putih malam ni walau pun hari ni kita menyambut hari Malaysia.Tak salah kan org Malaysia makan makanan omputih sekali-sekala. Masaalahnya bukan sekali sekala tapi selalu..... Wahai Sang Puteri harusnya kamu kahwin omputih je la ya.
Ini salah satu cara mudah cepat dan express untuk menyediakan hidangan Mat saleh tu.Tapi tentunya lebih sedap jika burger tu dibuat sendiri.
Steak burger dihidangkan bersama roti whole meal yang dibakar,kacang panggang,wedges kentang, rebusan sayur-sayuran dan brown sos. Puas hati dia orang makan.

Bahan-bahan untuk steak burger
* 10 keping daging burger yang dipanggang dalam kuali non-stick  yang disapu sedikit minyak hingga masak dan agak garing . Ketepikan.

Brown Sos
* 50 grm butter
* 2 sudu besar tepung gandum
* 1 labung bawang besar dihiris nipis
* 1 tin cendawan dipotong nipis
* 1 cawan susu segar
* 1 cawan air (lebih kurang)
* 1 keping chicken stok
* 1 sudu besar Worcestershire sos
* Serbuk lada hitam sebanyak yang disuka
* 1 sudu kecil kicap pekat (untuk menjadikan sos brown)
* garam jika perlu
Cara memasak
1- Dalam kuali yang sama tambahkan butter dan kecilkan api.Biar butter cair.
2- Masukkan potongan bawang besar dan kacau hingga layu.
3- Masukkan pula tepung gandum dan kacau lagi hingga tepung masak.
4- Tuang susu dan kacau rata.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
5- Masukkan pula chicken stok ,Worcestershire sos dan kicap pekat. Masukkan potongan cendawan dan kacau Kecilkan api dan biar sos mendidih dan memekat.
6- Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa jika perlu. Tutup api dan siap untuk dihidang.

                                                                 happy cooking



15 comments:

  1. Replies
    1. Hai Mayck, thank u sudi singgah. Sedap dan mengeyangkan ni.

      Delete
  2. kita datang bawak ayam kicap sepinggan. Tukar dengan steak boleh?

    ReplyDelete
  3. Sekali2 tukar selera apa salahnya....Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak TNT. Kita orang Malaysia mewah dgn macam2 jenis makanan kan?

      Delete
  4. aslmkum kak ros.. terliur dgn brown sos tu.. ada cendawan mmg best.. nak try jugak la bila2 nanti.. mkn mcm ni pun boleh jugak eh.. mmg kreatif akk melayan selera anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dzana kalau burger tu dibuat sendiri lagi sedap.Lebih terasa dagingnya.

      Delete
  5. Assalam puan Ros..acik pulak terliur tengok hidangan ni

    ReplyDelete
  6. omputih punya hidangan ringkas, tapi sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan la dapat menantu omputih, maka kena la masal steak selalu.

      Delete
  7. bestnya steak burger ni akk....telan air liur liza tgk....hihihii xsenonoh betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Liza, jangan segan sili.Masih ada sekeping daging dansedikit sos.Cukup la untuk Liza sorang..hehhee

      Delete
  8. Assalamualaikum n salam 1 Malaysia Kak Rosssss,
    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin, tak terlambat kot ya, hehehe, dah habis syawal kita baru nak mai, dapat pulak makan steak, fuiyooooo.....best gilerrrr.......elokler tu kita sama2 mkn cara omputih, saya bawak spaghetthi, leh la tukar ya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info