Mereka yang sudi.......

Thursday, September 27, 2012

Loh Mai Kai

 
Salam untuk semua.Malam tadi tiba-tiba terasa nak makan loh mai kai. Loh mai kai adalah salah satu hidangan dimsum yang biasa dihidangkan di kedai-kedai dimsum.Boleh juga dibeli dikedai-kedai makanan cina untuk sarapan pagi.Tapi tentunya tak ada yang halal bagi kita kaum muslim. Makanya kena la belajar buat sendiri untuk memenuhi selera my laling.Kalau tak kesian dia...
Loh mai kai pagi ni sebenarnya versi exspress. Intinya dah di marinate malam tadi, tapi boleh pula lupa nak rendam beras pulutnya.Maka pagi ni P.Ros masak dalam rice cooker separuh masak dan baru dikukus sampai masak.
Komen dari laling..."mama the pulut is a bit hard,not so sticky like the one sell in the shop".Muaahhh..ahhh...laling..I belum nak buka kedai lagi!!! so tak pe la ya..janji sedap dimakan.Resepi loh mai kai dari Petsie Cheong pernah diletak sebelum ni .Resepi hari  ni adalah dari Mrs Harith Thean(P.Ros la tu,hihihi).
Mari tengok ramai-ramai dan ubah apa yang patut mengikut selera masing-masing ya.

Untuk Pulut
* 31/2 cawan pulut (cawan rice cooker)
* 1 1/2 sudu besar oyster sos
* 1 sudu besar kicap manis
* 1 sudu kecil kicap cair
* 1/2 sudu kecil five spice powder
*1 sudu kecil minyak bijan
* 1 sudu kecil  serbuk lada putih
Cara memasak
1-Campurkan semua bahan dengan sedikit air dan kacau sebati.
2- Basuh beras pulut hingga bersih dan tuang bahan sos kedalamnya.Masukkan air hingga  melebihi sedikit dari paras beras pulut.Tekan suiz dan masak hingga suiz periuk naik.Buka periuk dan kacau -kacau pulut yang separuh masak tadi.Boleh siram sedikit air  dan kacau rata jika pulut nampak terlalu kering.
Bahan inti 
* 3 keping paha ayam (ambil isinya sahaja)
* 5 ke 6 biji cendawan cina ( direndam selama 1 jam)
* 2 sudu besar oyster sos
* 1 sudu besar kicap manis
* 1 sudu kecil kicap cair
* 1/2 sudu kecil kis-cap pekat
* 1/2 biji bawang merah dipotong nipis
* 3 biji bawang putih dipotong halus
* 1 sudu kecil minyak bijan
* sedikit minyak masak untuk menumis
perap ayam dengan semua bahan diatas salama semalaman atau beberapa jam
Cara memasak
1- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang. 
2- Masuk ayam yang telah diperap dan kacau sebentar.Masukkan pula potongan cendawan.
3- Goreng ayan hingga masak dan cendawan lembut.Tambah garam jika perlu.Tutup api dan angkat.
Ayam patut dimasak sebelum memasak pulut.


                                      Saiz besar untuk my laling and me

Cara menyediakan Loh mai kai
1- Gunakan apa-apa jenis mangkuk yang disukai dan atur ayam dan cendawan. Letakkan pulut diatas ayam dan tekan-tekan sedikit pulut hingga rata.
2- Panaskan kukusan dan letak mangkuk pulut dalam kukusan dan kukus dalam 10 ke 15 minit.
3- Angkat dan sejukkan sedikit dan boleh lah terbalikkan kedalam pinggan dan dihidang bersama daun bawang.

                           3 biji untuk  3 orang sang putri kat rumah ni


Yang dalam mangkuk foil ni dibuat khas untuk my cikgu-cikgu yang disayangi


                                                                                             happy cooking



11 comments:

  1. wah..x pernah lak kenal loh mai kai nih kakros! tp kalu menu pulut semua saya suker..hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Inahar..nak kena pergi chinese restaurant baru boleh makan pulut ayam ni,tapi tak de yang halal,so bila laing kak ros terigin nak makan kena le kak ros masakkan untuknya.

      Delete
  2. Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

    Saygılar.

    ReplyDelete
  3. pestime dgr nie..mesti sedap..nnt zila nk try jgk la:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Zila, cuba buat kalau zila suka pulut ,pasti suka yang ni jugak sebab ianya pulut berlauk.

      Delete
  4. Wah! Sedahnya Loh Mai Kai ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Specially made for Harith,tapi dia kata not sticky enough and finished one big plate all by himself..hahaha

      Delete
  5. Askum... Pn Rose sedapnya... sticky rice i like.. kecur tak sudah dah ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sha, cuba ya, pasti sha suka sebab sebenarnya ianya pulut berlauk.

      Delete
  6. Untungnya cikgu2 Kak Ros... dapat merasa air tangan kakak! Bestkan kalau hubby kita puji hasil masakan kita he he he hehh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info