Mereka yang sudi.......

Friday, September 28, 2012

Sheperd pie

Shepherd pie adalah makanan kegemaran anak-anak P.Ros. Dari yang besar sampai yang kecik.Selalu sangat buat ,sampai kadang2 main campak apa yan tercapai dek tangan dan tak begitu mengambil kira sukatan sebenar resepinya. Kadang-kadang kita yang selalu memasak ni masak main pakai gerak hati je.Siapa setuju angkat tangan!!!
Apa pun pie yang kat atas ni dibuat untuk my 2nd princess bawa ke office untuk jamuan potluck.
Bila dah siap letak bahagian bawah, teringin pula nak main masak-masak dengan lapisan atasnya iaitu lapisan mashed potato.Saja di masukkan dalam piping bag dan gunakan muncung bintang utuk dijadikan bunga rose kecil.Biasanya kita main letak je mashed potato tu dan lakarkan dgn garpu. nampak sweet pulak bila dah siap.Tapi tak nampak terang sangat kan??maalum la kameranya, kamera sepuluh sen.
Bahan-bahannya untuk lapisan daging
* 1 packet besar danging hancur Ramly Burger
* 4 sudu besar tepung gandum
* 1/2 batang leek
* 1/2 biji bawang besar
* 2 keping serbuk pati ayam
* 2 sudu besar lea and perins sos  (Worcestershire )
* Sedikit air
* sedikit garam
* 2/12 sudu besar butter
Cara memasak
1- panaskan butter dan tumis bawang besar hingga layu.Masukkan tepung gandum dan kacau ,Bila tepung gandum dah kelihatan masak,masukkan sedikit air dan dikacau.
2- Masukkan pula daging hancur dan kacau sebati.Biarkan air daging mendidih.Sekiranya daging kelihatan kering sebelum ianya masak,tambah lagi sedikit air.
3- Masukkan pati ayam, sos worcester dan potongan batang leek. Masak hingga semua bahan masak.Tambah garam jika perlu.
4-Tutup api dan masukkan daging kedalam bekas yang akan digunakan untuk membakar pie.Ratakan permukaan daging dan ketepikan.
Bahan-bahan untuk lapisan kentang  (boleh disediakan sebelum memasak daging) 
* 1 paket ubi kentang(yang biasa dijual dalam bungkusan net kuning di Giant)
* 4 sudu besar butter
* sedikit serbuk lada putih
* 4 sudu besar susu segar
* 1/2 packet shredded mozzarella cheese
* secubit garam
cara memasak
1- kupas kentang,basuh dan rebus hingga empuk.
2- Bila kentang sudah empuk, buang air dan masukkan kedalam mangkuk besar, lenyek kentang hingga separuh hancur
3- Masukkan butter,susu dan serbuk lada putih.Lenyek lagi hingga kentang menjadi halus.
4- Campurkan cheese dan kacau hingga semua bahan sebati.Taburkan sedikit garam jika perlu.
Cara menyediakan pie
Cara 1
Masukkan daging yang telah dimasak kedalam dulang pembakar dan letakan lapisan kentang diatasnya. Sapu hingga rata dan dan kemas.Masukkan separuh dari adunan kentang kedalam pipping bag bermuncung bintang dan picit menjadi bentuk bunga ros pada seluruh permukaan pie. 
Cara 2
Masukkan daging yang telah dimasak kedalam dulang pembakar dan sapu rata.
Letak lapisan kentang diatasnya dan sapu hingga licin dan kemas.Buat garisan dipermukaan lapisan kentang mengunakan garpu.
Bakar pie dalam suhu 180o selama 30 minit.Boleh tunggu hingga permukaan pie sedikit perang jika suka.


                                                                     happy cooking




8 comments:

  1. cantiknya kejadian..cm kek la pulak potato tu...sedap tu!

    ReplyDelete
  2. Çok güzel,çok leziz ve iştah açıcı görünüyor. Ellerinize, emeğinize sağlık.

    Saygılar..

    ReplyDelete
  3. Amie angkat tangan! Setuju sangat.... itulah makanya ada orang kata cooking with heart and soul ye Kak Ros.. main campak2 aje tapi hasilnya memang ummmphhhh!

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Rose,
    camne ye rasa dia... mesti sedap.

    ReplyDelete
  5. nampak sweet je kak. tak gheti betul le nak buat makanan cam gini.

    ReplyDelete
  6. kak rose ni teringin sangat nak buat tapi asik tergendala jer... nntilah one fine day akan ku cuba jugak... harap2 vit. r tu cepatlah datang... jamu mata dan tekak kat sini dulu je la!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info