Mereka yang sudi.......

Sunday, April 7, 2013

Pancake kentang Mickey Mouse


Salam pagi minggu untuk semua. Hari pertama masak breakfast semenjak pulang dari Hong Kong. Terpikir nak masak sesuatu yang sesuai untuk dihidang kan dalam pinggan mickey mouse untuk little laling. Dan ini lah hasilnya. Bukan main suka lagi dia. Pancake kentang tu dihidang bersama chicken meatloaf dan cili sos dan disukai semua tukang-tukang makan yang lain kat sini.Resepinya?????tentunya resepi main campak je apa2 bahan yang ada dalam peti ais.Senang dan simple.



Bahan-bahannya
* 2 biji kentang bersaiz besar.
* 3 biji carrot bersaiz kecil
* 2 biji telur
* 2 pokok daun bawang
* 1/2 biji bawang besar
* 1 keping pati ayam
* 3 sudu besar tepung gandum
* 3 sudu besar bread crumb oren

Cara-caranya
1- Parut carrot dan kentang dan perah keluar airnya.
2- Potong halus bawang besar dan daun bawang.
3- Dalam mangkuk bersih, campurkan semua bahan dan gaul hingga semua bahan sebati.
4- Sapu sedikit butter dalam non-stick pan . Dengan mengunakan icecrean scoop, masukkan se scoop adunan kedalam kuali dan leprkan ia menjadi bentuk bulat. Masak kedua-dua belah pancake hingga garing.
Siap untuk dihidang bersama cili sos.
Note: Niat asal nak potong chicken meatloaf dan digaul bersama adunan tetapi terlupa,makanya P.Ros hidangkan meatloaf tu secara berasingan.




                                                                                happy cooking  

1 comment:

  1. Assalamulaikum Kak Ros..Alahaiiii..semangat Disneyland masih berbaki lagi ni...Plate Mickey..Cuteeeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info