Mereka yang sudi.......

Tuesday, April 23, 2013

Crispy Sotong


Salam untuk semua. Ada cerita di sebalik mangkuk bentuk perahu ni.
P.Ros dan family ke Pulau pinang pada 13 Mei yang lepas sempena upacara konvokesyen anak buah (yang sebenarnya macam anak sendiri).
Kami kesalah sebuah restorant makanan laut ditepi pantai dan terpikat untuk makan malam diatas perahu lama yang ditukar menkadi tempat makan.Salah satu menu yang kami order ialah crispy sotong yang dihidangkan dalam mangkuk bentuk sampan ni.
Hati betul-betul terpikat dengan mangkuk kapal ni,tapi tak tahu kat mana nak beli.Terus letak gambar dalam fb dan rupanya salah seorang dari emak kepada murid P.Ros tahu mana nak beli dan dia belikan 1 untuk P.Ros ...Tara...samakan

                                                   ini yang kami makan kat restorant tu...

                                                                 Ini yang P.Ros buat sendiri...

Untuk resepinya P.Ros ambil dari MYRESEPI. Memang sedap dan rangup. Puan Ros buat separuh dari resepi asal. Sangat senangmembuatnya.

Bahan-bahannya
* 8 ekor sotong
* 1  cawan tepung jagung
* 1/2 cawan tepung beras
* 1 biji telur
* 3 sudu besar sebuk kari
* 1 sudu kecil garam
Cara-caranya
1- Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan airnya dan lap sotong mengunakan kitchen towel agar semua airnya kering/ (Ini bagi mengelakkan sotong dari meletop semasa digoreng.
2-  Gaul sotong bersama 1 sudu serbuk kari dan  1/2 sudu garam .Perapkan sebentar.
3- Gunakan tupperware yang berpenutup, masukkan kedua jenis tepung, serbuk kari dan garam. kacau biar semua bahan bercampur rata.
4- Pecahkan sebiji telur kedalam sotong yang diperap tadi dan gaul sebati.
5- Bahagikan sotong kepada 2 bahagian. Masukkan sotong kedalam tupperware dan tutup rapat.Goncang tupperware (tonggang terbalik pun tak apa) agar sotong bersalut sepenuhnya dengan tepung.
6- Panaskan dalam 3 cawan minyak dan goreng sotong hingga tepungnya kelihatan garing .
7- Ulang proses yang sama untuk bahagian kedua sotong. sedap dihidangkan bersam Thai cili sos.





                                                                happy cooking  

2 comments:

  1. salam k.rose.......cantiknyeeee mangkuk perahu tu. beli kat mana? btw tempat makan tu pun mcm menarik....bg la address krose, blh kami p bila blk penang nanti ;)

    ReplyDelete
  2. Rostina, mangkuk perahu tu Mak salah sorang murid kak ros yang belikan.Katanya kat kedai jual pinggan mangkuk plastik diTaman sri muda Shah Alam. Tempat makan tu nanti kka ros tanya anak buah.Kak Ros ikut je tak tahu la pula apa nama tempatnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info