Mereka yang sudi.......

Tuesday, April 9, 2013

Butter Prawn

Salam untuk semua. Hidangan makan malam semalam. Salah satu kegemaran kami sekeluarga. Butter prawn pastinya salah satu menu yang akan dioder kalau kerestoran masakan cina. Masa kat Hong Kong hari tu tak sempat nak order butter prawn makanya balik Malaysia kempunan nak makan.Dan semalam Puan Ros buat untuk makan malam.
Bahan-bahannya
* 25 ekor udang 
* 1 sudu besar rempah kari
* 3 ulas bawang putih
* 2 tangkai daun kari
* 4 biji cili padi
* garam dan kunyit secukupnya
* 4 biji  kuning telur gred c
*1 sudu besar susu pekat atau pun  1 sudu gula
 * 3 sudu besar butter
* 2 cawan minyak masak

Cara-caranya
1- Bersihkan udang dan potong janggut serta sedikit ekornya.Basuh bersih dan toskan airnya. Masukkan garam dan serbuk kunyit secukup rasa. Taburkan juga serbuk kari.Gaul rata dan ketepikan.
2- Potong halus bawang putih dan cili padi.Daun kari dibasuh bersih dan ketepikan.
3- Masukkan secawan minyak dan sesudu besar butter kedalam kuali dan panaskan.Bila minyak sudah panas masukkan udang dan goreng udang hingga bertukar warna merah. 
4- Bila semua udang dah bertukar warna merah masukkan , potongan bawang, cili padi dan daun kari.Goreng hingga semua bahan layu dan sedikit garing. Angkat udang dan toskan.
5- Dalam kuali yang sama tambahkan minyak dan butter yang masih ada dan biarkan minyak betul -betul panas.
6- Kacau kuning telur bersama susu pekat/gula dan secubit garam. Tuang bancuhan kuning telur dengan sebelah tangan dan tangan yang 1 lagi kacau kuning telur secara laju mengunakan 2 batang chopstik.Kacau mengikut putaran jan  secara laju.  Jangan masak kuning telur terlalu lama. sebab ianya akan menjadi hitam. Goreng hingga nampak sedikit kekuningan dan masak. Angkat dan toskan minyaknya mengunakan penapis santan atau senduk berlubang.
7- Setelah minyaknya dan berkurang masukkan kedalam pinggan tahan panas dan masak dalam microvawe selama beberapa saat untuk mendapat serbuk telur yang garing.
8- Tuang keseluruhan minyak dari kuali kedalam sebiji mangkuk.Masukkan udang dan separuh dari gorengan telur tadi dalam kuali yang tak ada minyak tadi.Kacau sebati telur dan udang atas api kecil untuk seketika saja. Masukkan udang kedalam pinggan dan tabur lebihan serbuk telur diatas udang.
                                                                               happy cooking  

9 comments:

  1. Looks great & delicious , i love this butter prawn!

    ReplyDelete
  2. as salam Puan, nanti singgah umah ya amik award..

    ReplyDelete
  3. Wahhhh Kak Ros terliur D5 tgk butter prawn nie fuhhh mmg sedap je nampak nyer mau ckit leh hehehhe :)....

    ReplyDelete
  4. Oh Ros..nekcik cuba cuba terai buat..tapi kureng memuaskan..kna pergi brrguru ngan Ros baru jadi kot

    ReplyDelete
  5. Cantik kejadian sarang telur tu Kak Ros... hu huhuuu kita buat tak pernah jadi!

    ReplyDelete
  6. Aslmkum k.Ros.
    sedapnya butter prawn...sarang pun elok jadinya.
    tengok entry dibawah...ada gambar k.Ros bercuti di HKong...bestnya...

    ReplyDelete
  7. Assalam kak ros,
    kita pun suka butter prawns ni..nak makannya sekejap aje dah licin nak buatnya yang stress..hehe

    ReplyDelete
  8. Yummy yummy sedap kan butter prawns nie kan Kak Ros :), bg ler D5 sepinggan heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info