Mereka yang sudi.......

Sunday, April 7, 2013

Double Choc Mickey Mouse Muffin



Salam untuk semua. Belum habis lagi cerita pasal Hong Kong ya.Tapi yang ni istimewa sikit. Sebenarnya tak ada apa yang P.Ros teringin nak beli untuk diri sendiri semasa di Disneyland hari tu.
Masa anak2 sibuk memilih souvenier untuk sepupu-sepupu serta kawan-kawan mereka dari satu kedai kesatu kedai, P.Ros sibuk melayan kerenah Little laling yang kalau boleh nak beli semua barang dalam setiap kedai yang kami kunjungi.
Kami berjalan keserata sudut untuk melihat semua barang yang dipamerkan dan tiba-tiba disatu sudut P.Ros ternampak silicon muffin pan berbentuk Mickey Mouse ni.Wah!!! mata terus terbeliak dan tangan cepat je mencapainya.Dan ini la satu-satunya barang yang dibeli tanda kenangan yang P.Ros pernah jejak kaki Ke Disneyland Hong Kong.
Hari ni makanya menyibukkkan diri bersama Little Laling dan supupunya Iman buat double choc muffin ni. Sedap muffinnya dan abaikan je deconya yang tak seberapa tu sebab main-main dgn budak-budak ni.


Bahan-bahannya
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
*3/4 cawan chocolate chips
* 1/2 cawan serbuk koko
*  1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil vanilla
* 2 biji telur gred c
* 1 cawan sour cream
* 1/2 cawaan susu
* 1/2 cawan minyak masak

Cara-cara
1- Campurkan tepung gandum,gula,baking powder, serbuk koko dan chocolate chips dalam 1 mangkuk dan kacau biar semua bahan bercampur rata.
2- Dalam mangkuk yang lain campurkan semua bahan basah dan juga telur. Kacau hinggga sebati (P.Ros kacau guna spatula je).
3- Masukkan Bahan basah kedalam bahan- bahan kering tadi dan kacau dengan spatula secara kaub balik.Pastikan semua bahan bercapur rata dan sebati.
4- Masukkan kedalam muffin pan dan bakar dalam oven bersuhu 170 C sela 15 ke 20 minit. Angkat dan biarkan silicon pan tu sejuk diatas redai untuk 15 ke 20 minit..
5- Bila muffin dah agak sejuk masukkan kedalam peti sejuk selama lebih kurang 1/2 jam untuk memudahkan proses mengeluarkannya.





                                                                   happy cooking  


9 comments:

  1. Replies
    1. Kak TnT muffin tu memang sedap.Berbaloi main masak2 dgn budak2 ni.

      Delete
  2. cutenya mufin versi Mickey & Miney tuu

    ReplyDelete
  3. teruja tengok mufin mickey mouse ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bibwana.. budak2 dan mak budak yang membuatnya pun teruja

      Delete
  4. Comelnya muffin Puan Ros ni. Kalau bawak ke tadika, mau berebut budak budak tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info