Mereka yang sudi.......

Wednesday, April 24, 2013

Crispy bayam



Salam untuk semua. Semalam P.Ros buat crispy sotong untuk dinner dan crispy bayam ni pula dibuat untuk minum petang.
Sungguh sedap dan tak puas menguyah...krupp..krapp..kruppp..krap..minggu lepas ada tengok Sonia nasi lemak lover buat crispy daun kaduk. Kat sini tak ada daun kaduk tapi daun bayam memang banyak, sebab huby P. Ros ada tanam bayam kat tepi rumah.
Alhamduliilah hasilnya memang sedap.Tukang kebun la yang paling suka sebab hasil tanamannya boleh dijadikan  salah satu resepi yang sedap. Untuk adunan tepungnya Puan Ros ambil dari dapur Sonia. Thank u Sonia..Memang menjadi betul la tepung tu cuma P.Ros tambahkan secubit serbuk kunyit untuk naikkan warnanya..Walau pun telah beberapa jam gorengan bayam ni masih rangup dan sedap dicicah bersama Thai cili sos.





Bahan
* 200 grm air
* 100 grm tepung naik sendiri
* 20 grm tepung beras
* secubit garam
* 1/4 sudu kecil serbuk kunyit


  
cara-cara memasak
1- Campurkan semua bahan didalam mangkuk dan kacau hingga adunan sebati.
2- Panaskan minyak masak secukupnya untuk goreng terendam. 
3- Ambil sehelai daun bayam dan celup dalam adunan batter.Goreng sehinnga tepung menjadi garing.
4-Angkat dan toskan minyaknya dan hilang bersama Thai cili soso.

                                                                                      happy cooking  

15 comments:

  1. pernah makan bayam yang digoreng ni..rangup mcm keropok..

    ReplyDelete
  2. sedapnya...teringat bayam goreng ni kat kundasang..lebar2 dan rangup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang ni hubby Kak Ros tanam sendiri so semuanya segar2.

      Delete
  3. Your hubby plants bayam ??? Crispy tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choo King semua pun dia tanam...memang fresh dan crispy...

      Delete
  4. Aslmkum k.Ros.
    sy belum pernah buat bayam goreng....nanti boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamasya, kena cuba ni..memang sedap nanti tak boleh brenti menguyah tau...

      Delete
  5. SEdap ni buat minum petang... krap krup krap krup.. yummy!

    ReplyDelete
  6. Rajinnya Kak Ros buat crispy bayam... selalu juga makan kalau di kampung sebab emak rtajin buat tapi cara kampunglah... ala-ala rempeyek gitu...

    ReplyDelete
  7. Amie memang sedap kan....yang ni memang senang nak buat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info