Mereka yang sudi.......

Sunday, April 28, 2013

Donut Bavarian

Salam sabtu. Untuk minum petang tadi P.Ros rajinkan diri membuat  donut bavarian ni. Dapat resepi dari Spice Journey. Thank you Shiela.Memang sedap buat untuk minum petang bersama teh atau kopi.Tapi hari ni cuaca diluar agak panas maka kami pekena donut ni dgn teh o ais.
Donut yang simple dan sedap. Puas hati dengan hasilnya.Tak payah lagi la ke Dunkin donut untuk membelinya.


Bahan-bahan untuk donut
* 2 cawan tepung roti
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar susu tepung 1 sudu besar gula
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu besar shortening
* 1.2 sudu kecil garam
* 1 biji telur
* 6 grm yis
* 100ml air suam
Cara-caranya
1- Campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk dan gaul sebati.
2- Masukkan air secara sedikit demi sedikit dan uli adunan menjadi doh lembut.
3- Tutup mangkuk adunan dengan tuala kering dan biarkan seketika hingga adunan naik sekali ganda.
4- Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan sedikit dan buat adunan bulat kecil lebih kurang 50grm setiap 1.
5- Biarkan seketika. Ambil sebiji adunan dan leperkan ditapak tangan.masukkan 1 sudu kecil filling custard dan tutup adunan menjadi sebiji bola kecil.Kemudian bebola tadi boleh la ditekan agar menjadi sedikit leper.
6- Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng donut hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya. Atur donut kedalam pinggan dan boleh la ditaburkan dengan gula icing. Siap untuk dihidangkan.

Untuk Filling
* 2 biji kuning telur
*1 sudu besar tepung castard
* 1 sudu besar tepung jagung
*1 sudu besar tepung gandum
*3 sudu besar gula caster
* 1 cawan susu cair
* 1 sudu besar butter
Cara memasak.
1- Campurkan semua bahan gandum dan gula bersama susu.Kacau hingga semua bahan larut.
2- Pukul telur bersama garam dan masukkan dalam bancuhan tepung dan susu tadi.kacau sebati dan tapis bahan kedalam periuk non-stick.
3-Masak bahan filling mengunakan cara double boiler.Kacau tampa berhenti hingga bahan custard menjadi pekat berkilat dan masak.
4- Angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

                                                                               happy cooking 

4 comments:

  1. Assalamualaikum hee sdp tu siap ada air teh o ais lagi...comel Donut Bavaria tu...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. special ni ..
    nak cuba la..minta kopi resepi ye kak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info