Potato Wedges

Salam semua.Potato wedges ,simple lunch yang dibuat semalam.Hidang bersama burger daging yang dibuat sendiri. Potato wedges yang menjadi kegemaran anak2 dara ku.Asal ke KFC mesti order ni. Sebenarnya mak dia yang selalu order.
Hari ni tergerak hati nak buat homemade cheezy wedges. Dapat makan sepuas hati dgn siram cheese tu banyak-banyak.Sungguh senang membuatnya dengan adanya bahan sos uang dah premix. Buka paket dan bancuh air je.
Potato wedges tu boleh dibuat sendiri atau beli yang dah siap dan goreng je.
bahan Potato Wedges
* 5 biji potato basuh bersih kulitnya dan dipotong bentuk wedges.Rebus hingga separuh masak bersama kulitnya.Campurkan sedikit garam semasa merebus.
* Bila kentang dah masak sejatkan airnya dan masukkan kedalam mangkuk.Campur sedikit serbuk cili,sebuk ajishio dan mix herb.Gaul perlahan supaya kentang tidak patah.
* ambil dua biji putih telur dan kacau sedikit.Celup wedges kedalam telur putih dan masukkan pula kedalam tepung gandum.Pastikan semuanya bersalut.Tepuk2 lebihan tepung sebelum digoreng.
* Panaskan minyak dan goreng wedges hingga garing.Toskan minyaknya.
Untuk sos
Beli premix serbuk cheese yang boleh didapati dikedai kek. Ikut arahan dipaket.
P.Ros guna 1 packet dan dicampur lebih kurang 2 cawan air  panas (masukkan air sedikit-sedikit sehingga dapat kepekatan yang disukai)  dan kacau rata.Lepas tu guna mixer dan mix sampai sos halus.
Siap untuk dihidang.bersama mayonis.
                                                                    happy cooking

Comments

  1. mmg wajib pesan ni tiap2 kali gi kepci. mahal lak tu. huhu.. akak nyer sos tu masin x? tun beli yg premix cheese sos tu masin betul.

    ReplyDelete
  2. Ya ke Tun masin..Kak Ros rasa yang kak Ros beli ni tak la masin sangat.Cuma kalau ikut sukatan macam dia tulis jadi macam cair pulak.So kak Ros buat sukatan sendiri.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah... mmg sedap potato wedge ni... anak2 mesti lagi suka, sebab ibu sendiri yang buat.

    jemput ke blog akak cheezemaz.blogspot.com boleh order serbuk cheese SESEDAP sos CHEESE WEDGE di KFC hanya RM 10.00 (x termasuk courier. bukan seperti jualan di online lain yang RM 11/ RM 12 / RM 14 (x termasuk courier)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts