Apam Beras Dan Bonda Ku

         Love shape apam tanda cinta dan sayang ku pada mu bonda

Apam beras yang dibuat untuk bonda tercinta. Kunjungan singkatnya dari Kelantan untuk beraya dirumah anak-anaknya. Hilang penat duduk dalam kereta sepanjang perjalanan belum habis,tapi dah nak pulang sebab kakak yang mambawanya kesini akan mula bekerja petang nanti dan anak buah pun dah ponteng sekolah selama 2 hari.
Dalam masa yang singkat ini P.Ros cuba masak segala masakan kegemarannya.Apam ni pula secara bidan terjun.Memang dia suka makan apam,semasa melayari blog dan menyalin  beberapa resepi yang ingin dicubanya sendiri,terpandang N3 apam ni.Jam dah menunjukkan pukul 12 malam dan kami masih rancak bersembang pasal makanan.

Sebelum tidur P.Ros kedapur menyediakan adunan apam.Rehatkan mata dan juga bancuhan apam selama 3 jam. Bangun dan kukus. Sempat la bonda tersayang menjamah apam panas sebelum berangkat pulang kekampung halaman pada pukul 4.30 pagi. Dapat juga dia bawa bekal apam 1 tupperware.
Walau sedih bonda nak berangkat pulang tapi hati puas kerana sempat menghidangkan kuih kegemarannya. Cuma terkilan sebab tak sempat buah kuah untuk dia cicah apam tu. Dia suka apam cicah kuah ikan. Kakak ku hentam aje apam bersama sambal sotong. Ku tetap suka apam ku bersama kelapa...hihihi. Resepinya dah pernah letak dan diambil dapi dapur kak Ros My Kuali.

Bahan-bahannya
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! 

                                                               happy cooking

Comments

  1. Hem...lama dah tak mengapam ni..asyik baking aje lately...bolehlah take a break on baking dn buat....SELAMAT HARI MALAYSIA ROS

    ReplyDelete
  2. Hai kak paty...akak memang dah maju kedepan dalam membaking kan???Kita belum lagi..Happy to be Malaysian..

    ReplyDelete
  3. kak noor pun suka apam ni Ros nnt nak buat jugak lah mmg tak jemu dimakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak noor, Ros boleh makan pagi sampai petang apam ni.Tapi kelapanya yang lebih banyak dari apam..heheheh

      Delete

Post a Comment

Popular Posts