Durian Mooncake
AsSalam untuk semua. P.Ros masih lagi dalam mood membuat mooncake. Sebenarnya berbagai jenis dan perasa mooncake yang boleh dibuat. Ketiga-tiga entry masih lagi mengunakan resepi snow skin.Ada 3 jenis lagi didalam list yang masih belum sempat nak membuatnya.
Project seterusnya nak buat Shanghai mooncake dan jelly mooncake. Traditional mooncake berada ditangka akhir dalam list sebab kami tak berapa menggemarinya.
Untuk hari ni ,Pn. Ros buat mooncake durian yang tentunya menjadi kegemaran mana-mana pengemar durian. Memang sedap.Sebenarnya durian dibeli untuk dibuat crepe durian, tapi lain pula jadinya. Apa-apa pun En. laling senyum sampai ketelinga sebab dah berkali-kali dia tanya dah buat ke belum mooncake durian?Akhirnya hari ni dapat dia merasa homemade mooncake durian. Sila la cuba ya .
Bahan untuk kulit ( 2 biji saiz besar dan 4 biji saiz kecil)
* 65 grm koh fun (tepung beras pulut goreng)
* 80 grm gula icing
* 75ml air sejuk dari peti ais
* 1 sudu besar shortening
* 1 sudu besar susu segar sejuk
* 1 sudu esen durian (tak letak pun tak apa)
* 2-3 tiitik pewarna kuning
Bahan inti
8 ke 10 ulas isi durian (P.Ros guna (D24)
1 sudu besar gula
2 sudu besar koh fun (tepung beras pulut yang digoreng
Cara menyediakan inti
Campukan semua bahan didalam kuali dan masak dengan api sederhana selama lebih kurang 20 minit atau isi durian kelihatan agak kering dan kelihatan urat-urat isi durian.Pastikan ianya dikacau tampa henti. Angkat sejukkan dan simpan dalam peti ais selama beberapa jam. ( Pn.Ros simpan semalaman)
Keluarkan inti durian dari peti ais dan bahagikan kepada 25grm untuk saiz kecil dan 50 grm nagi saiz besar. Gentel menjadi bulat.
Cara-caramenyediakan kulit mooncake
1- Ayak tepung beras pulut dan gula icing. Masukkan shortening dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
2- Campukan pula essence durian dan susu cair.
3- Masukkan pula air yang telah dicampur pewarna kuning sedikit demi sedikir dan gaul adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan licin.
4- Biarkan selama 10 minit.
Cara menyediakan mooncake
1- Bahagikan doh kepada 50grm setiap sebiji bagi saiz kecil dan lebih kurang 75 gram setiap 1 bagi saiz besar
2- Sapu sedikit tepung beras Koh fun) pada tangan dan juga pada papan canai.
Gelek 1 biji doh dan letakan inti ditengah. Tutup kemas.
3- Tabur sedikit tepung beras pada acuan dan masukkan adunan yang telah diletak inti tadi.
4- Tekan-tekan sedikit biar kemas dan dan ketuk acuan untuk mengeluarkan mooncake.
5- Simpan beberapa jam dalam peti ais sebelum dihidangkan.
*Mooncake ni sedap dimakan semasa sejuk
Nota: Pn ada lebihan kulit yang tak cukup intinya. jadi dimasukkan lotus paste sebagai inti.
Salam minta izin ambil resepi dari blog Puan Hallahkan semoga di murahkan rezeki timakaseh dari Sai
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleterajinnya buat kuih bulan ni...
npak menarik plak 2...
msti sedap sebab intinya durian...
Syapex, kalau teringin nak makan, boleh la buat sendirikan,resepinyapun senang. Bahan2nya semua ada kat kedai kek.
DeleteSilakan mencuba resepi ni sai, memang untuk dikongsi
ReplyDeletesedapnya kalau dapat rasa seketul ni...
ReplyDeleteAdda kalau dekat boleh ulor sebiji sorang kan kat semua rakan-rakan blogger.
Deletewah terer lah Ros buat buat kueh ni akak tak pernah try buat apa lagi makan, tapi sedap sbb ada durian tu kan
ReplyDeleteKak Nor patut buat untuk En. hubby kak nor kot, sedap ni kaka nor.
DeleteHi Ros,
ReplyDeleteBanyak mooncakes ya, should use Musang king la!
chu King tak de musang king pun habis jugak ni, kalau musang king nanti tak cukup pulak!
DeleteKak Ros, saya terbau ada durian jadi cepat cepat ke mari. cantil mooncake dan pasti sedap.
ReplyDeleteHi xing hui, siapa suka durian pasti masak apa pun dia sukakan?
DeleteD5 suker sgt kuih bulan nie mekasih akak Ros sudi kongsi resepi :)..
ReplyDeleteD5 sila buat ya sebelum 19 Sept
DeleteOK juga ubah resepi ikut citarasa orang melayu kan...
ReplyDeleteSalam MYstoryPc, buat sendiri lagi terjamin dan puas hati. Cuba ya.
DeleteAssalamualaikum Kak Ros..Wahhhh..menarik ni..Tepung pulut goreng tu memang ada jual kat kedai siap goreng yaaa...means sedia diguna...
ReplyDeleteSue, Ya tepung beras pulut tu dah ssiap digoreng(KOH FUN) namanya.
DeleteClap Clap, pandainya buat mooncake ^_^. The other day, I checked with my hubby whether want me to make durian mooncake for him since he loves durian, mana tahu, dia reject saya punya idea, as he prefer makan saja durian, aiyah, no chance to try out durian mooncake pula, hehehe..
ReplyDeleteSonia rugi la,sendiri buat sendiri makan lor!
Delete