Painted Sandwich Bun
Salam untuk semua
Painted sandwich bun ini adalah merupakan project tertangguh dari tahun lepas. Hati ini jatuh cinta dengannya pada kali pertama melihat resepi ini disini hhttp://cherryonacake.blogspot.com/2010/05/painted-best-ever-sandwich-buns.htmlere (sila lawat blog cherryoncake untuk melihat resepi asal). Tapi entah kenapa setiap kali hendak membuatnya asyik tak cukup bahan.Hari sebelum hujung minggu menjelang hati dah berkira-kira yang Pn Ros akan pastikan yang project ni akan dilaksanakan.
Alhamdulillah. terlaksana juga impian untuk membuatnya sebagai sarapan pagi pada hari Ahad lepas.
Pukul 5 pagi Pn Ros bangun untuk siapkan bun ni.dan lepas siap bun ini digunakan unruk dibuat chicken meat loaf sandwich.Rasanya semua orang boleh buat sandwich sendiri mengunakan apa2 filling yang disukai.So kat sini Pn Ros cuma tunjukkan cara membuat bun dan bukannya cara membuat sandwich ya. Sila la layar jika berkenan.
Bahan-bahan roti
* 1 cawan susu
* 1/2 cawan air
* 1 sudu honey
* 1/4 cawan butter
* 1 biji telur
* 4/12 cawan tepung roti
*2 1/4 sudu yeast
* 1 1/2 sudu teh garam
Bahan untuk melukis
* 1-2 sudu kecil sebuk koko
* sedikit air panas
* 1/2 biji kuning telur
Campurkan serbuk koko dgn air panas secara sedikit-sedikit sehingga menjadi paste koko. Kemudian masukkan telur kuning sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang mudah digunakan untuk melukis.
Cara-caranya membuat roti
1- Masukkan susu,air,honey dan butter kedalam periuk dan panaskan dengan api kecil hingga butter hancur. Biarkan sebentar hingga campuran susu agak suam-suam kuku.Masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan kacau sebati.
2-Campurkan 2 cawan tepung gandum bersama yis dan garam dan masukkan bancuhan susu tadi.Kacau adunan mengunakan senduk kayu. Masukan lagi tepung gandum yang selebihnya secara sedikit-sedikit( 1/2 cawan sekali masuk. Kacau hingga sebati).
3- Bila semua bahan sebati keluarkan dari mangkuk adunan dan uli diatas papan canai selama 5 ke 10 minit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan licin(tabur sedikit gandum diatas papan canai dan juga ditapak tangan semasa menguli)
4- Bahagikan adunan kepada 12- 16 ketul (PN.Ros dapat 12 biji dgn berat 75 grm setiap 1). Bentukkan menjadi bebola kecil yang bulat dan licin tekan sedikit dengan tapak tangan untuk menjadikannya sedikit leper. Letakkan dalam tray yang telah dialas dengan parchment paper.
5- Tutup dengan tuala kering dan biarkan naik sekali ganda.
6- Jika and tidak mahu melukis bun ini , boleh la disapu dengan sedikit telur dan ditaburkan bijan diatasnya jika suka dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dgn suhu 200C selama 10-12 minit.
7- Jika and ingin melukis corak diatas permukaan bun ini, Bakar roti separuh masak (permukaannya sudah kelihatan sedikit keperangan), keluarkan dari oven dan lukis corak yang disukai diatasnya. Bakar semula lebih kurang 10 minit atau hingga permukaan roti kelihatan perang dan bun boleh dikeluarkan dari dulang dengan senang.
8-Sejukkan bun anda dan bolehlah di buat sandwich dengan meletak bahan filling yang and sukai masing-masing.
* satu yang pastiPn.Ros tak pandai melukis, tangan keras ini saja yang terbaik yang dapat dilakukan.
happy cooking
cantiknyer...kalo anak2 saya, sure berebut2 makan...idea bagus ni ...tq
ReplyDelete(sblm ni diorang sibuk suruh saya buat bear paw bun/burger, tp saya yang takde idea )
Ck cuba lukis gambar kartun kat atasnya, pasti comelkan?
Deletewa... Kak Ros, roti ni unik dari yang lain. boleh gubah ikut hati coraknya. good idea.
ReplyDeleteXing hui cuba buat untuk anak2 ya
Deletemak aiii..... Kak Ros ni rajinnya .... walaupun keras tangannya tapi bila dah masak nampak cantik juga
ReplyDeleteMystorypic, tu la dia suka pulak rasanya bila lukisan menjadi, kak ros main tibai je masa melukis
Deleteinteresting sangat :)
ReplyDeleteFarah masa kak ros nuat lukisan tu , rasa macam main masak-masak
Deletewahh, menariknya kak ros !!!
ReplyDeleteCikNor, masa kak ros mula2 tengok resepi ni, meman rasa tertarik dan menarik sangat
Deletenekcik pun suka meroti nihh...
ReplyDeleteNekcik silakan meroti, jadikan roti tu kanvas lukisan..hihihi
DeleteWah menariknya roti....siap bercorak....kreatif...
ReplyDeleteMamasya menarikkan, dah lama kak ros simpan resepinya tapi tak buat, mengalahkan corak pada jubah2 yang dijual tak??? agaga...
Delete