Muffin kentang dan udang geragau


Salam untuk semua.. Muffin yang dibuat untuk breakfasr  hari minggu yang lepas.
Biasanya muffin rasanya maniskan? Kali ni Pn.Ros buat savory muffin pula. Muffin yang dicampurkan dengan udang geragau boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dgn cili sos. Juga mengeyangkan.

Bahan-bahannya
* 8 biji kentang (campuran saiz sederhana dan kecil).
* 1 batang carrot bersaiz besar
* 100 grm cream cheese
*400ml cooking cream
* 1/2 cawan susu segar
* 6 biji telur bersaiz besar
* 2 genggam besar udang geragau
* 2 pokok daun bawang
* garam + lada putih ajishio secukupnya
* garam secukup rasa
* 1/2 cawan parutan cheese mozarella



caranya
1- Parut kentang dan carrot dan perah keluar airnya, ketepikan.
2- Putar cream cheese dan sebiji telur hingga lembut dan kembang.
3- Dalam mangkuk, masukkan cooking cream, susu dan telur dan kacau hingga bahan sebati.
4- Campur bahan 2 dan bahan 3 kacau sebati. Masukkan pula parutan kentang dan carrot serta udamng garagau, kacau sebati.
5- Masukkan bahan perasa dan kacau sebati.
6- Sapu butter pada sarang muffin dan masukan adunan muffin kentang. Bakar dala oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170 selama lebih kurang 25 minit atau bahagian luar kelihatan garing dan batang pencungkil gigi keluar bersih bila dicucuk kedalam muffin.
Nota: Adunan akan menjadi berair bila dicampur, jangan bimbang kerana  muffin akan meneras  bila siap dimasak.


                                                                 happy cooking 

Comments

  1. Salam Kak Ros,
    Pekabar, sihat hendaknya ya. Saya pun dah lama tak berblogging, hampir 4 bulan lamanya, ni baru nak mula balik.

    Muffin kentang tak pernah makan lagi, tp nampak sedap sangat, lain dari yang lain, nak mintak seketol kalu ada lagi....

    ReplyDelete
  2. hai Kak Ros, muffin masin saya suka, memang sedaplah. lain kali saya pun nak cuba ni.

    ReplyDelete
  3. Haa... keluar dah resepi muffin kentang & udang geragau kak Ros, tq kak!

    ReplyDelete
  4. Sedap nyer nampak Kak Ros, mekasih kongsi resepi nie :D...

    ReplyDelete
  5. wahhh...... mengancamnya muffin ni, confirm sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts