Coklat Muntou / Green Tea Muntou


Salam untuk semua.
Hari ni teringin nak makan pau. Tapi malas pula nak membuat inti.Akhirnya buat keputusan untuk buat muntou yang tak berinti (adik beradik pau la ni).
Muntou boleh dimakan begitu saja, atau pun dicicah dgn apa-apa yang disukai. Untuk pagi ni saja P.Ros buat sambail ikan bilis yang sempoi untuk dicicah dgn muntou ni. My laling dan little laling pula makan muntou dengan kaya.Dihidang bersama secawan kopi puas hati dapat makan muntou yang dibuat sendiri walau pun kejadianya tak secantik yang dibeli di pasar raya.
Untuk melihat cara membuatnya disini P.Ros letakkan link resepi muntou yang dibuat buat sebelum ni dan ada disertakan videonya sekali ya. Cuba la lihat video tu kalau teringin nak makan muntou buatan sendiri.


Bahan-bahannya
* 4 cawan gandum
* 2 cawan air (guna sebanyak yang diperlukan saja)
* 2 sudu kecil yis
* 1 1/2 sudu besar serbuk koko
* 1 1/2 sudu kecil serbuk green tea
* 1/2 cawan gula



Cara-cara
1- Gunakan 3 mangkuk. kosong Masukkan  2 cawan gandum dalam mangkuk pertama dan 1 cawan gandum dalam mangkuk ke 2 dan ke 3.
2- Dalam mangkuk pertama masukkan 1 sudu kecil yis,  dan gula (yang telah dikeluarkan 3 sudu besar dari jumlah asalnya).
3- Masukkan  2 sudu serbuk koko dan 1/2 sudu kecil yis serta 1 1/2 sudu besar gula dalam mangkuk kedua.
4-Dalam mangkuk ke 3 masukkan 1 1/2 sudu kecil serbuk green tea, 1/2 sudu kecil yis dan 1 1/2 sudu besar gula.
5- Guna 1 cawan air untuk mangkuk pertama Masukkan air sedikit-sedikit semasa menguli adunan dan uli hingga adunan lembut dan licin. Tutup mangkuk dengan kain dan biarkan adunan naik selama lebih kurang 45 minit. (air digunakan sebanyak yang diperlukan saja).
6- Gunakan 1/2 cawan air untuk mangkuk ke 2 dan ke 3. Buatlah proses yang sama pada adunan ke2 dan ke 3.
7-Setelah adunan naik buka kain penutup . Tabur sedikit gandum atas papan canai dan  adunan dari mangkuk pertama dibahagikan kepada 2 bahagian.
8. Ambil satu bahagian dari aduna pertama dan gelek menjadi bentuk rectangle yang bujur. 
9- Ambil adunan berperisa coklat dan gelek menjadi bentuk yang sama seperti adunan pertama tadi. Letakan adunan berperisa coklat diatas adunan pertama dan gulung dengan kemas Potong  menjadi 8 potongan kecil dan letakakn muntou atas sekeping kertas parchmment.
10- Buat proses yang sama bagi bahagian ke 2 dari aduna pertama dan dilapis dgn adunan berperisa green tea.
11- Panaskan kukusan dan kukus muntou selama 5 ke 7 minit dgn api yang besar. Siap untuk dihidangkan.
* Simpan muntou atau pau dalam tupperware bertutup supaya muntou atau pau tidak menjadi kering dan keras.
                                                               happy cooking

Comments

  1. MasyaallAH ROS..SEDAPNYA..MENGGODA TEKAK SUNGGUH NI!!Macam nak buat malam ni jugak!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts