Mereka yang sudi.......

Saturday, June 22, 2013

Pavlova


Salam untuk semua.
Hari-hari cuaca sungguh panas kan?? Ditambah pula dengan jerebu....Berdebu dan berhabuk buat ramai orang sakit.
Little laling pun dah mula running nose dan sakit tekak.Risau betul kalau dia dapat running nose nanti kalau tak bagi makan ubat boleh dapat asthma pulak.  
Petang tadi saja luangkan masa untuk buat pavlova. Simpan dalam peti sejukdalam sejam dua baru dimakan, memang sejuk anak tekak. dah lama tak buat pavlova , Sedap sungguh.
Resepinya P.Ros copy paste dari resepi yang dibuat sebelum ni.


Bahan-bahannya
5 biji putih telur gred B
1 cawan gula halus ( boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis) 
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
1 cawan non-dairy whipping cream-putar hingga kembang
Buah-buahan segar seperti strawberry ,mangga dan kiwi



Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 180'C,buat satu bulatan berukuran 9'' pada kertas minyak.
   Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alaskan pada loyang pembakar (gunakan bayang
   bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti).Ketepikan.
2.Putar telur hingga berbuih,guna kelajuan tinggi,masukkan gula halus sedikit demi sedikit
   hingga habis dan terus putar lagi hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat.
   Ayak tepung jagung,kacau rata dengan spatula.
3.Masukkan esen vanila dan cuka makan,gaul rata.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentuk-
   kan bulat dan tinggi sedikit,tak perlu kemas-kemas sangat.
4.Turun suhu oven pada suhu 130'C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit,guna api atas
   dan bawah.Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang,matikan api oven,renggangkan
   sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
5.Bila sejuk,berhati-hati,alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai.
6.Tuangkan non-dairy whipping cream yang sudah diputar tadi ke atas pavlova dan ratakan.(biasanya krim diletakkan diatasnya saja,tapi kali ni P.Ros sapu pada keseluruhan pavlova.
   Hias dengan buah-buahan segar pilihan masing-masing.


                                                     happy cooking 

3 comments:

  1. Aslmkum k.Ros
    yummynya tengok pavlova itu...tambahan penuh buah2 an
    re; tkasih wish bday Syakirah.
    Happy belated bday utk little laling...moga sihat ceria dan jadi anak yg berjaya. beza jauh yg bongsu dg kakak rupanya...pasti dia jadi penghibur dlm familikan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Ros...
    Fav anak dara cek ni kak...lama lak tak buat...kalau buat dia leh berulang2 makan pavlova ni...cek pun suka...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info