kerutub ayam
Salam untuk semua.
Bulan puasa dah hampir tiba kan ? Teringat pula dengan hidangan hidangan dipagi raya.
Seingat P.Ros masa zaman-zaman sekolah dulu, kami di kelantan tak ada masak rendang dan lemang untuk hari raya. Sebaliknya salah satu hidangan hari raya dinegeri kami adalah nasi dagang dan biasanya dihidang bersama ayam atau daging yang digulai atau dimasak kerutub. Kerutub daging lebih dianggap masakan istimewa untuk pagi raya atau majlis kahwin.
Dikelantan rempah kerutub dijual secara timbang dipasar. Jadi kalau balik kampung haruslah dibeli banyak-banyak sebab murah. simpan dalam peti ais berbulan-bulkan pun tak apa.Hari ni teringin rasanya nak makan kerutub tapi tak ada daging, jadi P.Ros gunakan ayam. Digandingkan dengan nasi beriani dan acar timun mentah juga salah satu resepi orang Kelantan yang amat senang untuk membuatnya.
Hari ini seluruh isi rumah makan dengan seleranya macam makan dipagi raya pula rasanya. Ini lah gambar hidangan makan malam kami hari ni.
Bahan-bahan
* 1 ekor ayam
* 300 ml santan
* 1/3 cawan minyak masak
* 4 sudu besar rempah kerutub( rempah ni dari kelantan)
* 11/2 paket kerisik
* 3 biji cili hijau dibelah 2
* 3 keping asam keping
* 2 biji bunga lawang
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 biji buah pelaga
* garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk diblend
* 4 ulas bawang merah(saiz agak besar) + 1/2 biji bawang besar
* 4 batang serai
* halia sebesar ibu jari
* lengkuas sebesar ibu jari (jangan blend- diketuk sahaja)
* 2 biji cili merah dipotong kecil
Cara-cara
1- Panaskan minyak masak dan goreng bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis untuk beberapa minit.
2- Masukan bahan yang diblend kecuali lengkuas. Goreng hingga bahan garing dan terbit bau.
3- Masukkan kan pula rempah kerutuk yang telah dibancuh bersama sedikit air.Masak hingga semua bahan garing dan terbit minyak.
4- Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi.Masukkan lengkuas dan kacau sebentar.
5- Masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. kacau hingga rata. masak hingga air dari ayam agak kering sedikit.
6- Masukkan pula santan dan potongan cili hijau, kacau rata.Masukkan asam keping.Biarkan kuah mendidih.
7- Masukkan kerisik dan masak hingga ayam masak dan kuah agak pekat dan terbit minyak.Tambah bahan perasa secukup rasa.
happy cooking
Kak Ros...sedapnya menu ni...nak tumpang makan lah...:)
ReplyDeletecik cek..silakan, raya nanti boleh cuba ya.
ReplyDelete