Bebola Kentang Bercheese


Salam untuk semua.
Ada dua tiga resepi yang masih belum diupdate..malas menguasai diri...tapi sekali dah berblog patutlah teruskan berblogkan. Cuma tak perlu nak jadi so excited macam masa mula2 berblog dulu. Janji masih ada  resepi yang diupdatekan walau pun jarang-jarang.Bukan pingat yang dikejar ..berblog sekadar menghilangkan rasa stress setelah penat bekerja , juga kerana memasak adalah bagaikan 1 hobi.Hobi yang membawa untung pada tukang-tukang makan kat dalam rumah ni.
kentang inti cheese dibuat untuk minum petang.Mulanya nak masukkan daging,tapi yang ada dalam pet iais hanya lah sedikit cheese. Sedikit cheese moza dan sedikit cheese cheedar saja.Maka jadi lah kentang inti cheese. Jom layar....




Bahan-bahannya
* 5 biji kentang russet (agak besar)
* 250 grm parutan cheese( campuran moza dan cheedar.( boleh tambah jika suka-lebih banyak cheese lebih sedap)
* 1 sudu besar chili flake
* 1 keping pati ayam
* 3 biji telur
* 1 mangkuk bread crumb warna oren
* sedikit renjisan sebuk lada putih
* secubit garam
cara-caranya
1- Cuci bersih kentang dan potong kecil (untuk mudah empuk). Masukkan kedalam periuk dan rebus kentang bersama secubit garam hingga empuk.
2- Bila kentang telah masak , sejukkan sebentar. Masukkan semua bahan lain kecuali cheese.Lenyek kentang bersama bahan perasa hingga halus dan lembut.
3- Ambil sejemput cheese dan buatkan bentuk bulat lebih kurang sebesar ibu jari dan ketepikan (lagi banyak cheese lagi sedap).
4- Bahagikan kentang lecek tadi kepada 16 ke 17 biji bebola . Ambil sebiji bebola kentang , leperkan sedikit dan letakan sebiji bebola cheese didalamnya.Tutup kemas inti cheese dan gentel bulat kentang tadi.Buat proses sama hingga habis.
5- Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit. 
6- Celup semua bebola kentang kedalam bread crumb (ini celupan kali pertama).Pastikan breadcrumb menutupi bebola kentang dengan rata.Buat sampai siap.
7- Bebola kentang yang bersalut bread crumb tadi celupkan pula kedalam telur dan celup sekali lagi kedalam bread crumb.
8- Panaskan minyak secukupnya dan goreng bebola kentang hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.Siap untuk dihidang.


  happy cooking 

Comments

  1. aslmkm puan ros. lamanya tak merempit ke sini. Aoa kabar. Bundo pekenan dengan resepi ni. Bundo bawa balik resepi ya. Nampak sedap sangat..
    have a nice day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bundo..ya la dah lama tak meremit kanmotor rosakkeke tak ikut laluan ni....hehehe

      Delete
  2. salam kak ros, bestnya, ni blh jugak buat breakfast kan..nnt Liza nk try la..thnx ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam liza.
      , kak ros buat besarbesar tu..makan sebiji un dah cuku..macam bola hoki la ulak..hihihi

      Delete
  3. Saya berblog pun untuk release tension Kak Ros... bila masak dan daoat buat entri lupa dah segala tekanan di tempat kerja.
    Cantik bulat2 kentang bercheese tu... ni sudah tentu digemari anak2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam amie...seronok bila tengak anak2 dan suami suka masakan yang kita hidangkan. erassan tu yang menjadi pengubat stress.

      Delete
  4. Salam Kak Rose...
    Yummyyyy...anak2 mesti suka menu cam gini kan kak...gabungan kentang ngan cheese....emmmm...terasa2 la pulak....nak try jugak la nanti...:)

    ReplyDelete
  5. terima kasih utk resepinya kak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts