Cheddar & Sausage Bun


Salam untuk semua. 
Cheddar bersama sausage bun yang sungguh lembut dan sedap.Walau pun pada hari kedua, dengan menyimpannya dalam tupperware kedap udara, texturenya masih lembut.
Puan Ros mengunakan resepi yang sama untuk roti cinamon  yang dibuat pada hari Ahad lepas (cuma yang ni buat 1/2 adunan). Malah yang ini ada kesalahan teknikal. Resepi roti ni sepatutnya mengunakan high protin, tapi entah macammana tangan mencapai tepung gandum biasa. Bila tengah menguli baru perasan yang P.Ros hanya mengunakan tepung gandum. Tapi hasilnya memang mengembirakan. Mungkin disebabkan sapuan butter diatas doh sebelum digulung membuatnya lebih lembut. Memang sedap kawan-kawan. Cubala jika sudi.


Bahan-bahan
(boleh dapat 20 biji bun saiz seperti dalam gambar tu)
* 2 1/2 cawan tepung gandum / hieght protein flour
* 1/2 cawan susu suam
* 1 biji telur (gunkan 1/2 biji sahaja dan 1/2 lagi digunakan untuk egg wash)
* 1 sudu besar yis mauripan
* 50 grm butter
* 1 sudu besar gula
* 1/2 sudu kecil garam
* lembutkan sedikit butter untk disapu diatas doh sebelum digulung
Bahan Filling
* 3 batang sausage dipotong kecil
* 6 pokok daun kucai dipotong halus
* 2 batang daun bawang dipotong halus
* 1/2 labu bawang besar dipotong nipis
* Parutan cheddar cheese (agak-agak sebanyak yang disukai, lebih banyak lagi sedap)



cara-caranya
1- Campurkan susu suam bersama yis dan biarkan dalam 10 minit.
2- Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan gaul hingga tepung gandum dan butter sebati. masukkan 1/2 biji telur yang telah dipukul sedikit.
3- Tuang campuran susu dan yis kedalam adunan dan uli hinnga menjadi doh yang lembut.
4- Tutup mangkuk doh dengan tuala kering dan biarkan adunan naik sekali ganda.
5- Setelah adunan naik sekali ganda, tumbuk sedikit dan jadikan ia sebiji bola besar.Bahagikan bola doh kepada 2 bahagian.
6- Ambil sebiji bebola doh dan gelek menjadi bentuk 4 segi tepat yang tidak tebal dan tidak terlalu nipis.
7- Ambil dalam 2 jemput butter yang telah lembut dan sapu rata pada doh yang telah digelek.
8- Tabur potongan sayur-sayuran, diikuti dengan potongan sausage dan parutan cheddar.
9- Gulung doh roti dengan kemas dan potong saiz sederhana besar. Ulang proses yang sama untuk bahagian doh yang kedua.
10- Letak cawan kertas muffin didalam acuan muffin dan masukkan potongan roti tadi.Rehatkan selama 10 minit.Sapu sedikit  eggwash pada permukaan dan bahagian tepi roti.
11- Panaskan oven dgn suhu 160C dan bakar roti selama lebih kurang 15 minit.



    happy cooking 

Comments

  1. Sungguh enaknya roti ini, i bungkus for breakfast 2molo , ok?

    ReplyDelete
  2. terliur lah akak tengok roti ni Ros kalau kat dpean mata mmg dah lama lenyap tu hahaa

    ReplyDelete
  3. Salam Ros.mana bun yg nekcik oder hari tu...meh bagi alamat..nekcik nak dtg ambik sendiri kat rumah..boleh gitu...seriooos ni.....

    ReplyDelete
  4. Nek cik Hahaha..mai la kat Putra Heights...call dulu ya..hehehhe

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum kak ros..

    Kak, rajinnya buat roti.. tergoda tgk tp nadz ni malas sket nk buat roti..hihiii...

    ReplyDelete
  6. Assalam kak ros,
    kita datang nak update dan report kat kak ros yang kita telah berjaya buat tart kentang akhirnya..sedappp..anak2 suka..thanks kak ros ..nanti bila2 kita update masuk blog ya..jangan sampai tahun depan sudah..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts