Mereka yang sudi.......

Monday, June 3, 2013

Cinnamon Bread

Salam untuk semua. 
Dah lama tak makan roti cinnamon, sedapnya kalau dihidang bersama kopi O panas.


Setiap tahun minggu pertama di bulan June P.Ros adakan meeting dengan cikgu2 dirumah P.Ros, Meeting yang membincangkan tentang konsert tahunan tadika kami. Biasanya kami akan bersantai sambil makan2 dan berbincang tentang persembahan yang akan diadakan. Boleh dikatakan setiap tahun meetingnya dari pukul 10 atau 11 hingga la ke pukul 3 ke 4. Meeting kami dipenuhi agenda makan, bincang dan gelak ketawa. Seronok....
Untuk tahun ni hidangannya simple je.. P.Ros masak stew ayam untuk dicicah bersama roti, ada juga mangkuk tortillas ayam, cinnamon bread dan fajitas chicken meat loaf. kat sini P.Ros letakkan resepi cinnamon bread yang memang dah selalu dibuat.Separuh darinya diletak cream cheese dan separuhnya dibiarkan kosong je.Kedua-duanya pun sedap maka tepuk dada tanya selera...mana 1 idaman kalbu??????


Bahan-bahan untuk roti
1 cawan susu suam 
2 biji telur
1/3 cawan(75 grm) margarine(Puan Ros guna butter)
1/2 cawan gula halus
4 1/2 cawan tepung roti (High protein flour)
2 1/2 sudu kecil yeast
1 sudu kecil garam 

Bahan tabur
1 cawan gula perang 
2 1/2 sudu kecil cinnamon
1/3 (75 grm) butter lembut

bahan untuk cream cheese
 85 ke 100 grm (3 ounce cream cheese)
1/4 cawan butter
1 ke 1/2 cawan gula icing
1/2 sudu vanilla
secubit garam

Cara memasak
1- campukan susu suam bersama yis dan biarkan selama 10 minit
2-Dalam mangkuk besar,campurkan semua bahan roti dan masukkan campuran yis.Uli doh selama 10-15 minit. Tutupkan mangkuk doh dan rehatkan doh selama lebih kurang 45 minit.
3- Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk sedikit sebelum dicanai.tabur gandum atas tempat mencanai dan canaikan doh pada ukuran 21 x 16 inci.
4- Dalam mangkuk kecil campurkan gula perang dan cinnamon 
5-Sapukan butter lembut diatas doh yang telah dicanai tadi sehingga habis.Taburkan pula campuran gula dan cinnamon keatas doh sama rata.
6- Gulung doh kemas-kemas dan potong doh menjadi 12 potongan cinnamon roll(P.Ros dapat 15 biji).Atur doh dalam dulang yang disapu sedikit butter.Rehatkan doh selama 20 minit.
7-Bakar dengan kepanasan 180 C sehingga roti kuning keemasan lebih kurang 15 minit.
Note: Untuk kali ni P.Rose bahagikan doh kepada 2 bahagian baru diletak butter dan campuran brown sugar dan digulung. Dopotong sederhana kecil dan dapat 2 loyang kaca tu.

                                                                    happy cooking 
         

10 comments:

  1. salam kak ros .. lama x singgah sini.. tadika kak ros kat man? nak jadi cekgu le kat sana .. leh makan best2 gini... uishhh lama x makan tortilas tu.. geram aje nengok nyer..

    ReplyDelete
  2. Salam Mayang..kat Putra Heights Subang. Boleh apply jadi cikgu masak2 nak???

    ReplyDelete
  3. alamak... tergoda roti kakros la plak.. harus meroti lg nmpk gaya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak ros..sedappppnya cinamon bread..saya sukaaaaa...Dah lama rasanya tak membeli ni sebab memang tak pernah buat sendiri.... ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue cuba buat sendiri roti cinnamon ni.Tak susah pun. Sedap dan puas hati.

      Delete
  5. Laaa naper lah sika tayang tayang gambar oti ni..nekcik ni alegik kat roti...pantang nampak...hidung mulut terus berair tau!!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nekcik, tayang gambar je la...rotinya dah habis..hahaha

      Delete
  6. cara buat cream cheese pula mcm mana?

    ReplyDelete
  7. Hai anonymous, untuk cream cheese tu, lembutkan butter dan cream cheese,campurkan semua bahan dan pukul hingga lembut dan gebu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info