Mereka yang sudi.......

Thursday, May 31, 2012

Apam Balik


Salam untuk semua. Apam balik salah satu kueh kegemaran my laling.Ini kali kedua mencubanya.Pertama kali dibuat resepinya di CNP dari Kak Rose My Kuali. Now kita CNP lagi sekali. Thank you ya kak Ros.

 Bahan-bahannya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.(P.Ros taburkan 1 sudu kecil gula baru dimasukan jagung dan kacang)
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

                                                 happy cooking

Wednesday, May 30, 2012

Omelette Dumpling


Salam pagi rabu yang bisu but I have decided not to be bisu. Hujan yang lebat diluar membuatkan mood untuk buat kerja rumah melayang jauh. Duduk bersama secawan kopi depan lappy sementara menunggu hujan brenti untuk meneruskan project hari ni, dan projectnya adalah kesaloon untuk potong rambut little laling and off to book shop for her to spend a few hours there as what we normally do during school holiday.
Egg dumpling ni dibuat untuk breakfast and lunch semalam.Sebenarnya ianya juga boleh digunakan sebagai hidangan lauk sampingan bersama nasi. Resepi asal dari Wendy table for 2.
Kawan2 boleh tengok resepi asal dan gambar cara-cara membuatnya diblog wendy ya.Sila kesana. Thank you wendy.My girls love this egg dumplings and will sure make again next time.


Bahan-Bahannya
* 3 biji telur saiz besar (Puan Ros guna 4 biji telur sederhana
* 1/3 tsp garam
* Sedikit serbuk lada sulah
Bahan inti
* 100 grm minced meat (P.Ros guna minced chicken)
* 1tbs potongan daun bawang( P.Ros guna 2 tangkai)
* Parutan 1/2 biji carrot dan parutan sedikit sengkuang P.Ros tambah sendiri
*1/2 tsp tepung jagung
*1 tbs air (P.Ros tak masuk sebab parutan carrot dan sengkuang juga lembab)
* 1/4 tsp garam
* 1/3 tsp sugar
* sedikit serbuk lada putih
Cara memasak 
1-  Pukul telur garam dan lada sulah dan ketepikan
2- Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata dan bahagikan bahan pad 10 atau 11 bahagian.Bulatkan dan tekan leper.ketepikan
3- Panaskan kuali,masukkan 1sudu kecil minyak masak dan masak mengunakan api perlahan
4- Dengan mengunakan sudu sup yang biasa digunakan orang cina masukkan sesudu telur ditengah kuali(tak payah pusing kuali kerana minyak akan menolong telur tu menjadi bulat dgn sendiri)
4- Letakkan sekeping bahan ayam tadi dan lipat telur menjadi separuh bulat.Tekan sedikit dengan spatula .
5- Balik2 kan dan goreng hingga kedua bahagian telur kuning keemasan (Pastikan api tetap kecil dan bersihkan kuali mengunakan kitchen roll sekiranya minyak dalam kuali kelihatan coklat).
6- Ulang proses yang sama hingga semua bahan habis.Hidang bersama salad dan cili sos.
*Pastikan and mengunakan api kecil sepanjang proses memasak.

                                                    happy cooking

Tuesday, May 29, 2012

Wanton Sup


Salam untuk semua.Wanton sup yang dibuat pada hari Ahad lepas. Dumpling atau Chai kueh yang dibuat 2 minggu lepas juga masih ada berbaki dalam freezer. Tak banyak yang tinggal dan takut tak cukup makanya P.Ros buatkan wanton sup yang simple ni untuk menjadi pengiringnya.P.Ros gunakan kulit wanton 4 segi yang saiznya agak kecil. Hidang dengan kicap cair dan cili padi.Menjadi la lunch dihari minggu.
Separuh wanton tu P.Ros goreng dan separuh lagi dibuat sup.
Bahan-bahan
* 100 grm minced chicken
* 10 ekor udang sederhana besar dicincang halus
* 1/2 batang lobak merah diparut halus
* 1/4 biji sengkuang diparut halus
* 2 batang daun bawang dipotong halus
* beberapa titis minyak bijan
* 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa (boleh juga diletak kiub pati ayam)
* 1 sudu kecil tepung jagung
* 1 packet kulit wanton 
Cara membuat wantan
1-Campurkan semua bahan sayur dan inti ayam dan perasa.Campur sebati
2- Ambil sekeping kulit wantan dan letakkan 1 sudu kecil inti ditengahnya.
3- Sapu air disekeliling kulit wanton dan lipat mengikut bentuk pilihan masing2.(kebiasaannya wanton dibuat seperti bentuk karipap)
4- Panaskan minyak dan goreng wanton hingga garing.
Cara menyediakan Sup
1- Tumiskan 2 ulas bawang putih yang di potong halus.
2- Masukkan dalam 4 cawan air atau sebanyak yang dikehendaki
3- Masukkan pula hirisan bawang besar dan 1 1/2 keping kiub pati ayam.Biarkan air mendidih.
4- Masukkan satu peket bebola ikan. Masukkan pula wanton yang telah siap dibuat (jangan goreng wanton yang nak dibuat sup).
5- Kecilkan api.Dan tambah  garam jika perlu.Taburkan daun bawang dan biarkan seketika. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
* Boleh dihidang dengan kicap cair yang dicampur bersama potongan cili padi.
                                                    happy cooking

Saturday, May 26, 2012

Yorkshire Pudding


Salam Pagi sabtu. Hari pertama bermulanya cuti sekolah. Sempena cuti sekolah biasanya P.Ros habiskan lebih banyak masa didapur. Something that I always love to do....
Pagi ni selepas sarapan rasanya nak rehat secukupnya.Semalam hari akhir persekolahan P.Ros bawa anak-anak ditadika melawat Ostrich wonderland.Penat la sikit tapi gembira sungguh tengok gelagat anak-anak bandar yang tak pernah atau jarang-jarang tengok ayam, itik dan binatang2 yang sewaktu dengannya. Anak-anak bandar la katakan.Boleh tengok gambar mereka disini.http://tadikasinaranintelek.blogspot.com/2012/05/visit-to-ostrich-wonderland.
Ok la berbalik pada resepi ni,yang memang selalu dibuat.Tapi sejak kebelakangan ni rasanya dah agak lama tak masak resepi tu.Minggu lepas salah seorang my teacher kata teringin nak makan Yorkshire pudding ni, itula tergerak hati nak buat hari ni. Resepi boleh refer kat sini . Untuk toppingnya suka la kawan-kawan nak makan dengan apa pun. Ini makanan omputih yang dah di melayukan. Sila la cuba ya.


                                                    happy cooking

Monday, May 21, 2012

Che Mek Molek


Salam untuk semua.Che mek molek sejenis kueh orang klate yang tak sehebat dan seglamour kueh akok,jala mas,buah tanjung atau tahi itikkkkk!
Tapi tetap sedap untuk buat minum petang bersama secawan kopi.
Che mek molek ni dibuat menggunakan ubi keledek kaler purple dan oren yang dibeli kat cameron highland minggu lepas .Teruja sungguh masa menggentel che mek yang kaler purple tu..cantik!!.Bila dah digoreng la...coklat pula jadinya.Tapi ubi kaler purple tu ada sikit je dan dapat 3 biji che mek molek je.Yang kaler oren tu pula lebih lembik dari yang kaler purple bila direbus.

Resepi untuk che mek molek ni sebenarnya boleh diagak oleh kawan2 mengikut banyak ubi keledek yang digunakan.

Caranya : Rebuskan ubi keledek dengan sedikit garam hingga empuk. Angkat dan sejukkan.Buang kulitnya dan dilecek hingga hancur (P.Ros lecek dengan tangan je dan buang bahagian2 yang agak keras).
Bila keledek dah dilecek halus,masukkan tepung gandum sesudu sesudu hingga mendapat tekstur yang lembut dan boleh digentel.
Ambil sedikit adunan dan gentel menjadi bebola,leperkan dan masukkan sesudu kecil gula(atau sebanyak yang disukai).Tutup adunan dan gentel bujur.
Goreng hingga garing dan siap untuk dihidang.

                                                                                happy cooking

Kek lapis Tiramisu


Salam to all.Kek yang dibuat untuk harijadi my princess no 2 pagi sabtu lepas. Made this for hubby b-day last year .And this year for her b-day she requested the same cake. Kek yang senang dibuat dan I love making b-day cake for the old people....tak payah pikir pasal deco..main tabur je apa yang ada.. They always said." mama no cream on the cake please!!!" good for me la..senang kerja.Walau apa pun kek mesti sedap dan ini salah satu kegemaran meraka.Sejarah keknya ada kat sini. Hari ni P.Ros tepekkan lagi sekali.
Happy B-day My dearest daughter Nini. Pagi-pagi kami celebrate dengan American Breakfast je (lagi 1 kerja senang) sebab dia kalut nak gi sunway lagoon dengan someone special.
Kek Lapis Tiramisu
Source: Yanie@decochoco 


Bahan-bahan :


  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100g gula aising
  • biskut marie secukupnya ( sy guna perisa kopi)
  • 1/2 cawan air kopi pekat.. ( sejuk) P.Ros guna serbuk nescafe 3 in 1 yang dicampur air
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese, butter dan gula aising sehingga jadi bentuk krim.
  2. Alaskan loyang ke, tupperware ke.. tipuware ke dgn plastik wrap. (P.Ros alaskan 2 lapis plastik cling dalam loyang dan letakkan papan kek diatas plastik tadi untuk menyenangkan proses mengeluarkan kek dari loyang)
  3. Celup biskut marie sekejap dlm air kopi, susun dalam loyang tadi.
  4. Masukkan sedikit krim, ratakan (P.Ros taburkan serbuk nescafe 3 in 1 diatas setiap lapisan krim). Ulang dengan biskut marie pula.. Buat sehingga abih.
  5. Untuk lapisan teratas... sapukan krim, kemudian taburkan biskut marie yg dikisar.(Lapisan paling atas P.Ros taburkan sedikit serbuk nescafe 3in 1 dan ditutupi sepenuhnya dengan lapisan serbuk koko).
  6. Sejukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.   



Saturday, May 19, 2012

Chai Kueh (Steamed vegetable dumplings)

Salam hari minggu. Mata P.Ros memang tak boleh tengok dimsum atau dumpling tau!. Ternampak Sonia nasi lemak lover tunjuk steamed veg dimsum yang transparent tu..Wah terus pergi kedai beli tepung tang mein yang dah kehabisan stock.
Puas hati dapat makan dumpling ni. Dan 1 adunan ni juga boleh dapat dalam 60 k e 70 biji. Mana yang berbaki boleh simpan dalam frezer dan steam semula bila nak makan.
Satu tip untuk sapa-sapa yang terasa nak mencubanya..sila canai tepung hingga siap dan tutup dengan tuala lembab semasa proses memasukkan fillingnya.
Untuk kulit dumpling ni P.Ros gunakan resepi sama dengan sonia.Cuma intinya P.Ros godek sendiri.Sila ke blog beliau untuk melihat resepi asal ya.Thank you sonia for the recipe.
Bahan-bahan Untuk Kulit Dumpling
* 100 grm tepung Tang Mein (wheat starch)
* 200 grm tepung ubi
* 10 grm gula
* 20 grm minyak masak
* secubit garam
* 450 grm air panas mendidih
Cara membuat kulit
1- Campurkan kedua-dua tepung dalam mangkuk.
2- Masukkan garam,gula dan minyak masak kedalam air panas.kacau rata.
3- Tuangkan campuran air panas tadi kedalam mangkuk tepung dan guna sudu untuk mengacau adunan.Kacau tepung hingga menjadi doh dan ketepikan hingga sejuk.(boleh mula menguli doh bila tepung dah tak terlalu panas untuk dipegang).
4- Taburkan tepung ubi(dengan jumlah yang banyak, sebab tepung memang lembik) atas papan canai dan canai doh menjadi nipis dan terap dengan penerap bulat.Pastikan doh disapu banyak tepung ubi bila menerap supaya senang untuk mengambilnya dan tidak melekat bila disusun.Buat la sampai habis.
5- Tutup pinggan kulit dumpling yang dah siap dicanai dengan tuala lembab sebelum menggunakannya supaya ianya tetap lembab dan menyenangkan proses memicit tepinya.


Bahan Inti
* 2 biji carrot diparut
* 1 biji sekuang diparut
* 100 gram udang kering  (rendam air panas dan dicincang halus) boleh ditukar dengan udang basah
* 2 ulas bawang putih
* secubit garam + sekeping pati ayam
*  Serbuk lada putih secukup rasa
* Beberapa titik minyak bijan
* 2 batang daung bawang
Cara memasak
 1- Panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahagian bawah daun bawang dan  udang kering.Goreng hingga terbit bau dan masak.
2- Masukkan parutan carrot dan sengkuang,kacau sebati.Masukkan semua bahan lain dan kacau hingga sayur agak layu dan masak.Angkat dan sejukkan.


Cara-cara menyediakan dumpling
1- Ambil sekeping kulit dumpling dan letakkan 1 sudu kecil inti.Temukan kedua-dua belah tepinya dan picit tepinya . Letakkan diatas sekeping daun pisang dan atur didalam bekas.Kukus selama 10 ke 15 minit. 
2- Taburkan minyak bawang putih sebelum dihidangkan.
3- Dumpling juga boleh dihidang dengan sos pilihan masing-masing.

*P.Ros potong halus4 biji bawang putih dan dicampurkan dngan 1/2 mangkuk kecil minyak masak.Masukkan kedalam microwave selama 2 minit.
* Untuk sos pula P.Ros campurkan 4 sudu besar sos cili dan 5 sudu besar sos tiram dicampur dengan 1 sudu gula dan beberapa titis minyak bijan.Masukkan 1/2 cawan air panas dan panaskan sekejap diatas api.(air dimasukkan sedikit-sedikit supaya sos tidak terlalu cair)


                                                               happy cooking

Thursday, May 17, 2012

Oreo Cheesecake Cupcakes

Salam to all .Oreo cheesecake yang P.Ros buat sempena sambutan hari guru semalam sebagai pencuci mulut selepas lunch.Resepi yang dah dibuat beberapa kali. P.Ros tampalkan lagi sekali resepinya kat sini ya.

Oreo Cheesecake Cupcake
sumber: resipi citarasawan
copy paste from: Inahar''s cooking Time
 
Bahan-bahan
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang creamnya)
250gm cream cheese - suhu bilik
30gm mentega
100gm gula kaster (tak masuk sebab P.Rose guna filling asal dari biskut oreo)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

50gm serbuk oreo (P.Ros hancurkan dan tapis seperti menapis gandum)
1 sudubesar tepung (kita tambah) (P.Ros pun masukkan)

Hiasan : Serbuk oreo secukupnya (kita guna kepingan oreo jek) (P.Ros pun)



Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan tart dan cawan kertas, masukkan sekeping biskut oreo di dalamnya sebagai base (dasar). Ketepikan dahulu.
2. Putar cream cheese, mentega, gula (filling asal oreo semua sekali) dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul. Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya. Kemudian pipekan ke atas biskut oreo.(P.Ros guna sudu aja)
4. Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo (P.Ros letak  1 keping biskut oreo) dan bakar selama 20-25 minit (ini bergantung pada oven masing2). Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.


                                                              happy cooking

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru istimewanya untuk guru-guru di Tadika Sinaran Intelek yang sangat P.Ros sayangi.
Kad yang dibuat oleh teacher Ranee dan murid-muridnya untuk P.Ros dan guru2 yang lain.
Terima kasih juga pada semua yang sudi memberi hadiah dan kek untuk P.Ros dan guru-guru.
Selamat Hari Guru juga untuk semua rakan2 blogger dan pungunjung blog Tadika Sinaran Intelek dan SinaranMenu yang bertugas sebagai guru .

Sunday, May 13, 2012

Happy Mother's Day


 
Salam hari ibu untuk semua rakan-rakan blogger,teman2 yang berkunjung dan khususnya semua ibu-ibu diluar sana.Ucapan yang agak lambat,hanya beberapa jam lagi sampai kepenghujungnya.
Tahun ni Kami sekeluarga meraikan hari ibu di Cameron Highland makanya tuan punya blog tidak bersiaran sejak jumaat lepas.
Disini nak kongsikan jambangan bunga yang dihadiahkan oleh my princess sempena hari ibu. P.Ros kongsikan jambanngan ini dengan anda semua yang disayangi ya.
                                      SELAMAT HARI IBU



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info