Mereka yang sudi.......

Thursday, February 28, 2013

Gyoza Dan Wanton

Salam untuk semua.
P.Ros merancang untuk masak makan malam yang agak simple malam tadi. Kuehtiaw sup  agak senang untuk membuatnya. Tiba-tiba timbul pula idea nak hidangkan kuehtiaw sup bersama wantan goreng dan gyoza. makanya yang simple tidak lagi simple jadinya bila kena bersimpuh dekat 1 jam untuk siapkan wantan dan gyoza.
Tapi hilang penat bila hubby dan anak-anak makan dengan berseleranya bersama gelak tawa dimeja makan.
untuk memudahkan kerja P.Ros buat inti yang sama untuk kedua-duanya.Biasanya gyoza mengunakan napa cabbage dan wanton mengunakan sengkuang. Hasilnya kedua-duanya sedap banget. So apa-apa la labu....

Bahan-bahannya
* 1 bungkus kulit gyoza dan 1 bungkus kulit wanton
* 30 ekor udang 
* 1 batang karot diparut halus
* Sekeping kobis kecil yang dipotong halus(lebih kurang 100 gram)
* 200 grm minced chicken
* 2 batang daun bawang dipotong halus
* 1/2 biji bawang besar dipotong halus
* 2 1/2 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar gula
* 1 sudu kecil garam
* 2 sudu besar minyak bijan (kurangkan jika tak suka)

cara-cara membuat gyoza dan wanton
1- Basuh bersih udang yang telah dibuang kulit dan setiap ekor udang dipotong 4.
1-Dalam mangkuk campurkan isi udang dan minced beef dan ramas rata.
2- Campurkan semua bahan-bahan sayuran dan perasa dan gaul semua bahan hingga sebati.
3. Ambil sekeping kulit gyoza atau kulit wantan dan masukkan sesudu kecil penuh bahan inti dan diklim kemas. Buat sampai habis.

Cara memasak gyoza.
1- Sapukan sedikit minyak masak pada nonstick pan dan panaskan dan biarkan kuali panas.
2- Atur dalam 12 biji gyoza dalam kuali dan masak hingga bahagian bawah gyoza  menjadi perang dan garing.
3- Tuangkan dalam 1/3 cawan air kedalam kuali yang berisi gyoza tadi dan tutup kuali.Masak hingga air mendidih dan agak kering. Siap untuk diangkat.Ulang proses yang sama hingga habis.
Cara memasak wanton
Wanton boleh dimasak secara mengoreng (deep fry) hinnga kulit wanton kelihatan garing, atau buat kuah sup dan masukkan wanton kedalamnya.
Resepi ini juga boleh direfer disini dan sini, juga boleh direfer bawah lebel chinese food.



                                                                                          happy cooking  



9 comments:

  1. Petang tadi saya dok google pasal wantan sebab sedap sgt makan wantan mee soup kat pejabat tadi. Tengah belajar cara membuatnya.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap..tapi tak pernah lagi adda cuba buat wantan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adda sedap ni . kalau buat sendiri grenti la halalnya...sebab bukan semua restaurant ada makanan cina yang halal.

      Delete
  3. salam kros....lama kami tak layan wantan gak ni. terliur plak. btw puas kan masak penat2 klau family enjoy makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rostina, memang masak apa pun akalu anak2 dan suami suka makan...kita memeng gembirakan.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Salam Ros..aduhai teruja betol kalau singgah dapor Ros ni..Nekcik ni mmg pantang...pantang jumpa...chinese foods ni!!

    ReplyDelete
  5. salam kak ros,memang teringin sgt nk mkn chinese food tapi xpandai dan xpernah buat pun.moga2 dgn rujukan dr blog akak ni dpt mmbantu, terima kasih.
    HAPPY WEEKEND kak (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info