Mereka yang sudi.......

Wednesday, February 6, 2013

Stew Ayam


Salam untuk semua. Tentu semua dah makan malam kan???.Malam ni P.Ros tak masak nasi dan lauk pauk. Hari ni dah 2 kali makan nasi.Pagi nasi lemak dan tengahari nasi ayam. Malam ni rasanya dah tak lalu nak makan nasi.
Petang tadi pergi ronda-ronda kat Giant with my laling and little laling. Bila pass by section yang menjual roti terlintas pula nak makan roti je malam ni.
Tapi dengan apa ya????biasanya kalau makan roti for dinner P.Ros akan masakkan stew.Ini memang kegemaran tukang-tukang makan kat sini.Stew ayam yang simple tapi sedap dan mengeyangkan.


Bahan-bahan
* 15 keping ayam yang telah dipotong kecil
* 1 1/2 batang carrot dipotong kasar
* 3 biji kentang dibelah 4 atau 6
* 1/2 cawan tepung gandum
* 1 batang leek atau batang saderi dipotong kasar
* 3 ulas bawang putih dicincang halus
* 1 1/2 biji bawang besar ( 1 biji dibelah empat dan 1/2 biji hiris halus untuk menumis)
*  halia muda besar ibu jari dihiris halus dan memanjang
* 2 sudu kecil tomato paste
* 1 ketul pati ayam
* garam dan gula secukup rasa
* 2 sudu kecil  rempah McCormick chincken Montreal


cara
1- Panaskan dalam 1/2 cawan minyak masak dalam kuali besar atau periuk.Bila minyak sudah panas, masukkan 5 keping ayam yang telah disalut bersama tepung gandum.
2- Goreng ayam hinga kedua dua belah bahagian ayam kelihatan coklat tapi ayam belum masak.Angkat dan ketepikan.Buat hingga semua ayam habis.
3- Buangkan sedikit minyak dari kuali dan kecilkan api. Masukkan 2 sudu butter kedalam kuali yang sama dan kacau hingga butter dan gandum dalam kuali bercampur sebati (lebihan gandum dalam kuali yang berwarna coklat akan menolong memekatkan kuah dan memberi rasa dan bau yang sedap pada stew)
4- Masukkan potongan bawang putih,bawang besar dan halia.Goreng hingga bahan layu dan masukkan pula tomato paste. Kacau hingga semua bahan sedikit garing.
5- Masukkan 4 cawan air dan biarkan sebentar. Masukkan pula potongan carrot, kentang dan belahan bawang besar serta leek.Biar hingga kuah mendidih.Campur semua bahan perasa.
6- Masukkan pula ayam yang telah digorang tadi.Masak hingga kuah pekat dan ayam, kentang dan carrot empuk.
Tambah bahan perasa jika perlu, mengikut cita rasa masing-masing.

                                                     happy cooking 

3 comments:

  1. Salam Kak Ros,
    Rindu lama tak mai sini, nak tumpang sekaki cicah ngan stew tu boleh, tak dinner lagi ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info