Siakap Bersos Mayo

Salam untuk semua.
Hidangan untuk diner malam ni, Ikan siakap goreng yang cadangnya nak buat sweet and sour tapi lain pula jadinya bila tangan main capai apa yang ada depan mata. Untuk kelainan rasanya P.Ros masukkan sesudu besar mayonnaise  Anak2 kata sedap mama.....Thank you girls, sekali-sekala dapat pujian teruja juga rasanya. Jom tengok bahan-bahan untuk resepinya ya.

Bahan-bahannya.
* 1 ekor ikan siakap dicuci bersih dan dipotong 3
* 3 ulas bawang putih.
* 1 biji bawang besar saiz kecil dipotong bulat
* 1 biji tomato dibelah 6
* 1/2 batang leeks
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu bessar sos tiram
* 2 sudu besar thai cili sos
* 1 sudu besar penuh mayonis
* 2 sudu tepung jagung
* sedikit kunyit serbuk dan secubit garam


Cara-caranya
1- Bersihkan ikan dan dipotong 3. Kelar setiap keping ikan dan sapukan dengan sedikit garam dan kunyit. Tabur tepung jagung dan gosok rata pada ikan. Panaskan minysk makan secukup dan goreng ikan hingga garing.
2- Dengan mengunakan kuali yang sama, keluarkan minyak goreng ikan tadi dan tinggalkan dalam 3 sudu besar minyak sahaja. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
3- Tumis bawang putih yang dipotong halus hingga terbit bau. Masukkan semua sos dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
4- Campurkan sesudu mayonis dan kacau hingga bahan sebati.Masukkan bawang besar dan batang leeks yang dipotong bulat.
5- Masukkan sedikit gula dan rasa sosnya. Tambah apa yan perlu dan masak hingga sos pekat.
6- Tuang sos atas ikan dan siap untuk dihidang.

                                                                     happy cooking  

Comments

  1. Adehhh baru je td tgk crepe Akak Ros, bila tgk menu nie lapo terus rasa perut :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam D5, memang kalau malam pantang tengok makanan...mesti nak kunyah depan TV kan???

      Delete
  2. Salam Kak Ros..yana mmg pantang tgk resepi ikan siakap mst nk cuba.. sedapnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts