Mereka yang sudi.......

Monday, July 18, 2011

Laughing Ball (Bebola Labu Yang Tersenyum)

Salam minum petang.Resepi ni kita masak  petang ahad lepas.Resepi dapat dari salah 1 koleksi buku masakan china (Fortune Gourmet) yang ada dalam simpanan.

Resepi asal mengunakan bijan.Kita gunakan bijan untuk sepuluh biji yang pertama,lepas tu tak gaul dengan bijan lagi sebab bijan mudah hangus dan tepung kat dalam belum masak.Walau pun tak gunakan bijan rasanya tetap sedap.Kulitnya rapuh dan garing dan isi didalam lembut.Tahu tak kenapa namanya laughing ball (bola yang tersengeh ke tersenyum ke..apa-apa yang you all nak panggil la ya) sebenarnya semasa mengoreng bebola ni,bila ianya dah nak mula garing bebola akan mula merekah dan macam tersengih-sengih dalam kuali kat orang yang mengorengnya.Resepi dibawah boleh dapat dlm 50 biji, so kalau tukang makannya tak ramai buat la separuh dari resepi tu aja ya.kita buat banyak untuk dibawa kerumah adik .


Bahan-bahannya 
*200 grm isi labu yang dikukus dan disejukkan
* 2 biji telur
* 60grm margarine yang dicairkan (kita guna butter)
* 160 grm gula icing
* 240grm tepung naik sendiri
* 200 grm tepung gandum
* Kita cuma guna 450 grm tepung gandum dicampur 3 sudu kecil baking powder dan 1 mangkuk kecil gandum yang digunakan semasa menggentel bebola.
* Bijan secukupnya  sekiranya nak guna


Cara memasak
1- Campurkan butter,telur dan labu yang telah dilecek didalam mangkuk dan kacau hingga sebati.Masukkan  pula gula icing dan kacau sebati.
2- Ayak tepung gandum dan baking powder.Masukkan tepung gandum kedalam bancuhan labu tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut.sekiranya adunan terlalu lembik guna kan gandum yang didalam mangkuk.Adun hingga adunan lembut dan sedikit lembik.Biarkan adunan selama 20 ke 30 minit.
3- Semasa hendak menggentel bebola celupkan tangan kedalam mangkuk gandum dan letak sedikit gandum diatas 1 tapak tangan supaya ianya tidak melekat pada tangan.Gentel lah bebola seperti menggentel onde-onde (jangan terlalu besar sebab bebola akan mengembang bila digoreng).
*jika mengunakan bijan,basahkan sedikit bebola dgn air dan celupkan kedalam mangkuk bijan hingga rata dan terus goreng.
4- Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam bebola.Pastikan anda mengunakkan api yang kecil sahaja.Gentel bebola dan terus masukkan kedalam minyak panas.Buatlah dalam sepuluh biji.Balik-balikkan bebola dan angkat bila ianya kelihatan garing dan tersenyum pada anda ya.
Tos kan minya mengunakan kitchen roll.
5- Lakukan proses yang sama  (gentel dan terus goreng) sehingga adunan habis. Hidang dan makan sewaktu panas.Memang sedap.selamat mencuba ya=


2 comments:

  1. Salam KakRos. Cucur ni ternganga macam lapar tapi dia yg kena ngap eh...hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Roz.kalau ada labu bole cuba buat ya,tengok dia nak senyum tak dekat Roz.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info