Mereka yang sudi.......

Sunday, July 24, 2011

Nasi Lobak Merah

Salam hari minggu.Hari ni kita rajinkan diri memasak nasi istemewa sikit untuk 1st princess yang baru balik dari kursus  malam tadi  dan akan pergi semula petang ni.Sebelum balik semalam dia dah sms suruh masak something nice untuk dikongsi bersama roommate. So I decided to cook carrot rice with kari krisik ayam dan acar mentah.Untuk dessert kita buat apple crumble muffin.
Dan hari ni kita tulis resepi carrot rice dulu ya. Kari ayam dan acar tu nanti kita masukkan dalam N3 seterusnya.
Bahan-bahannya
* 5 cawan beras basuh dan toskan
* 2 biji carrot diparut kasar (1 1/2 biji guna untuk masak nasi dan 1/2 biji untuk acar)
* 5 1/2 cawan air (air bergantung pada jenis beras yang digunakan ya)
* 2 sudu butter + 3 sudu minyak masak
* 1 sudu kecil garam
Bahan untuk menumis
* 1 biji bawang besar dimayang halus
* 2 sudu besar rempah kurma
* 1 biji cili hijau dipotong bulat
* 1 batang kayu manis
* 2 keping bunga lawang
Cara memasak
1- Masukkan butter dan minyak masak kedalam rice cooker dan tekan butang.Tunggu hingga butter cair dan minyak menjadi panas.
2- Masukkan bawang besar ,bunga lawang dan kayu manis dan cili hijau.Kacau sebentar.Masukkan pula rempah kurma kacau dan tutup periuk dan biarkan rempah garing sedikit.
3- Masukkan air dan tutup semula periuk.Bila air dah mula mendidih masukkan beras dan carrot serta garam.Kacau rata.Tutup periuk dan masak lah seperti biasa hingga nasi empuk.Siap untuk dihidang.


4 comments:

  1. salam kakros..waduh ada nasi karrot..leh tumpang mamam dinner kt sini sehh!!

    ReplyDelete
  2. salam inahar,boleh jemput-jemput,hari ni kak ros masak nasi ni 2 kali sebab tak cukup.So tanakan yang ke 2 masih ada lagi.makan dulu sebelum pergi on call ya.

    ReplyDelete
  3. menyelerakan betoi nengok nasi carrot tu kak...

    ReplyDelete
  4. Hai mas,thank u sudisinggah.jemput la makan ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info