Mereka yang sudi.......

Monday, July 25, 2011

Solok Ikan

Salam makan malam.Resepi solok ikan ni mengingatkan kita pada bulan puasa.Resepi yang ibunda suka masak masa kita dialam persekolahan.lebih kurang sama dengan solok lada,tapi yang ini mengunakan ikan.Cuma ikan kembong yang boleh digunakan untuk buat solok ikan.Jom semak resepi.

Bahan-bahannya
* 3 ekor ikan kembong (pilih yang agak besar dan segar)
* 200 grm kelapa parut (boleh kurangkan dan lebihkan isi ikan)
* 5 biji bawang merah (boleh ganti dengan bawang besar)
* Halia sebesar ibu jari
* 1 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil gula
* beberapa biji cili padi dipotong halus (kita lupa masukkan) 
* 1 biji telur saiz kecil


cara memasak
1- setiap ekor ikan dipotong 2. keluarkan perut ikan secara berhati-hati supaya perut ikan tak pecah (jika pecah tak apa).Bersihkan ikan dan tos airnya.
2- Picit keluar isi ikan mengunakan ibu jari.Bila separuh dari isi ikan dah dikeluarkan,masukkan jari telunjuk dan ibu jari kanan kedalam kulit ikan dan pegang tulang ikan.Dengan mengunakan jari telunjuk dan ibu jari kiri patahkan tulang ikan dihujung ekor ikan dan tarik keluar tulang ikan mengunakan tangan kanan.picit keluar lebihan isi ikan yang masih berada didalam ikan(lakukan proses ini secara perlahan untuk tidak memecahkan kulit ikan.
3- Tumbuk bawang ,halia,garam,gula dan lada hitam.Gaulkan bahan tumbuk ini dengan kelapa dan isi ikan. Tumbuk sekali lagi bahan yang digaul tadi supaya halus dan sebati.Pecahkan telur dan masukkan cili padi dan gaul rata.
4- Isikan bahan tumbuk tadi kedalam kulit ikan.Tolak bahan inti mengunakan satu jari supaya padat dan ratakan semuanya .buat sampai inti habis.
5- Panaskan minyak dan goreng solok ikan sama seperti mengoreng ikan.Angkat,toskan minyak dan siap untuk dimakan.(gunakan api sederhana semasa mengoreng supaya solok tidak cepat hangus).

* Boleh kurangkan kelapa atau tambah isi ikan sekiranya mahu lebih rasa ikan.









13 comments:

  1. Salam,kak ros. saya 1st time makan solok ikan masa study undergrate dulu...housemate from terengganu yang masak n kenalkan...sejak hari tu, terus jatuh cinta dgn solok ikan...kebetulan saya mmg gemar makan ikan =0).

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Ros..rasa mcm nk blk kg je bila tgk solok ikan ni..bln puasa mst byk jual nii kat klate..taun ni nmpknya kna try bt sndiri..tq kak ros share resepi ;=)

    ReplyDelete
  3. Kak Ros...

    Lama gak tak singgah sini...sedapnya solok ikan...lama tak mkn...

    ReplyDelete
  4. Hai vivi, sebut nama ni kat terus ingat kat anak kak ros.Solok ikan memang sedap kan.

    ReplyDelete
  5. hai yana,kpg kat mana?mak kak ros suka buat solok ikan masa bulan puasa.Kak ros suka tapi anak2 kak ros tak brapa suka.Budu dia org suka pulak.

    ReplyDelete
  6. Assalam kak ros,
    mula2 kita tenung ikan tu kenapa buncit2..rupanya telah di isikan dengan filling ..itu yang dipanggil solok ikan ya kak ros..baru tau..ni..hehe

    ReplyDelete
  7. Hai ayu,org singapore tak pernah makan ni ya?Kat malaysia pun sama,ada yang tak pernah makan sebab ni makanan org pantai timur.

    ReplyDelete
  8. mylady first time try solok lada, terus jatuh cinta..cintakan soloknya dari cilinya..tapi, kalau solok ikan ni, confirm lagi sedap..tetambah dengan nasi panas2..ish..terliur plak..

    ReplyDelete
  9. Salam Mylady,thank u sudi singgah dah pernah makan solok lada ya.Cuba la buat solok ikan.Buat pedas sikit,bulan puasa ni mesti menyelerakan.

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Rose...Wahhhh...berchenta juga nak wat solok ni yaaaa...Ni kena beli ikan yang betul2 fresh ni baru boleh buat...

    Daaaannnnnn...Nak masuk list jugeeeee.....

    ReplyDelete
  11. Hai sue,Actually buat dia senang je, nampak je macam susah.Ah...masuk la list.Ada sepanjang list ayu singapore tak????

    ReplyDelete
  12. Slm...izinkn sy share resepi ni yer...tksh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info