Mereka yang sudi.......

Friday, July 29, 2011

Ikan Aya singge

Salam  malam semua. Satu hari yang penat.Hari ni Kita bawa anak2 ditadika  buat lawatan ke aquaria KLCC. Anak2 memang teruja sejak sebulan yang lalu setelah dibagitahu yang tadika akan buat lawatan kesana.Tapi perjalanan ke Aquaria hari ni mengambil masa lebih dari 2 jam.jalan nak masuk keKL jam teruk What a day! Stress dan sakit kepala kita dibuatnya bila pikirkan masa makan anak2 dah lari dari jadual yang ditetapkan.Tapi syukur lah at the end of the day semuanya berjalan lancar dan melihat muka anak-anak yang happy kita pun lega jadinya.Tapi masih sakit kepala sampai sekarang.
So memandangkan keadaan kepala yang masih sakit maka sah-sah la kita tak masak malam ni.Jadi gambor kat atas tu apa ya????? Sebenarnya gambar tu ada lah gambar ikan aya singge kita masak minggu lepas.Makanan top ten orang klate tu.Bukan semua orang tahu makan,tapi laling kita cicah ikan tu dengan budu serta ulam dan makan nasi berpinggan-pinggan.bravo la ling......mama join you makan nasi berpinggan-pinggan juga kan? so kita serupa....
Sape-sape yang rasa nak blajar masak ikan singge ni , mari lah tengok resepi ni.
Bahan-bahannya
 * Seekor ikan aya (ikan tongkol la tu...) dipotong menjadi 5 keping
* 4 cawan air
* 5 ulas bawang putih dipotong nipis
* 10 keping lengkuas yang dipotong nipis.
* 5- 6 tujuh biji cili padi
* 2 biji cili merah dibelah 2
* 1 sudu besar budu (another top ten food ni...)
* Garam secukup rasa
* 3 keping asam gelugor(asam keping)
cara memasak
1-Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali budu.Masak hingga air mendidih
2- Bila Kuah dah betul-betul mendidih masukkan budu.Rasa lah asam garamnya dan tambah apa yang patut.
3- Kecilkan api dan biar kuah mendidih hingga airnya kering sedikit.Angkat dan siap untuk dihidang.
Mesti nak hidang ni dengan budu dan ulam ya!!!!

2 comments:

  1. Salam Ramdhan & Selamat Berpuasa buat KakRos sekeluarga - ada kad khas buat kekawan kat rumah Along, kalau sudi boleh amik gantung.
    Emmmm... kita ni org Utara, tak byk opportunity nak cuba masakan org kelate... kalau KaRos dekat dapat ler merasa kan.

    ReplyDelete
  2. Hai Along .Thank u sudi bagi kad ya.Selamat berpuasa untuk along sekeluarga juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info