Apple Fritters/ Cokodok Apple



Salam untuk semua.Apples fritters atau cokodok apple untuk minum petang tadi.Nampak resepi ni dalm foodbuzz beberapa hari lepas.Kebetulan ada apples so kita pun cubalah resepinya.Ok jugak dan sedap. Laling  dan little laling pun suka.Cuma 1 barang dari bahan-bahannya yang kita tak ada so tak masukkan lah.tetap menjadi.Anyway its only cokodok dan janji sedap dimakan.Pekena dgn kopi dan bau cinnamon yang emmmm...memang enak.

* 2 cawan tepung naik sendiri (kita guna 2 cawan gandum + 2 sudu kecil baking powder dan di ayak)
* 1/4 cawan gula perang
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 cawan buttermilk (Kita campur kan 1 cawan susu segar dgn 1/2 sudu kecil  cuka makan dan biarkan sebentar)
* 3 biji telur gred A

* 5 biji apples (2 biji diparut dan 3 biji di potong dadu.)
* 1 sudu makan lemon juice, fresh
* 1 1/2 cawan. gula halus (kita tak ada dan guna gula kasar sebanyak 1/2 cawan sahaja)

* 1 sudu kecil serbu cinnamon (Kita masuk 1 1/2 sudu)
* 4 cawan minyak masak untuk mengoreng

 Cara memasak
1-  Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan garam kedalam mangkuk dan masukkan telur dan kacau sebati.masukkan pula susu dan gaul hingga semua bahan sebati dan tak bergentel.
2- Masukkan pula gula perang dan kacau.Campurkan apple yang diparut dan dipotong dadu tadi.Kaub dan balikkan adunan hingga sebati.
3- Panaskan minyak masak dengan api sederhana dan masukkan sesudu besar batter kedalam kuali .Masukkan dalam 6 7 biji adunan setiap kali mengoreng.Goreng lah hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
4- Campurkan gula halus dan serbuk cinnamon didalam mangkuk dan gaulkan cekodok apples tadi didalamnya.Siap untuk dihidang.


Comments

  1. Assalam kak ros, kita dah tengok dah homework yang kak ros buat tu..i think semalam kot?..hehhe...thanks kak sudi buat & share serba sedikit about yourself..kita serupa!!!!

    ReplyDelete
  2. Kak Ros..Gandingan apple dan cinamon memang ideal....

    ReplyDelete
  3. Salam K.Ros..apple pun bleh bt cekodok ek.. kna try bt nii..mst wangi bau apple & cinamon tu kan =)

    ReplyDelete
  4. Salam yana ,cubala.sedap.anak kak ros yang kecik tu suka betul cokodok apple ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts