Mereka yang sudi.......

Wednesday, February 26, 2014

Murtabak Mini

Salam untuk semua. Dah lama tengok ramai orang buat murtabak mini guna kulit popia ni dari tahun lepas. Tapi tak tahu kenapa tak pernah menjadi untuk membuatnya.Tapi Pn Ros gandakan resepinya untuk mendapat 12 biji mini popia ni, kalau tak tak cukup untuk kami berenam.
2 3 hari lepas ad terpandang resepi ni kat fb Kak Rose My Kuali dan perasaan ingin membuatnya terus datang , mungkin sebab kebetulan semua bahan pun ada . Kak Ros nak minta izin copy paste ya. Thank you juga pada My Resepi tempat kak Ros dapat resepi ni.



Bahan-bahan
  • 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging) 
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info