Ayam percik sempoi

Salam untuk semua. Semenjak ada kuali ajaib ni hidup menjadi begitu exciting. Kalau boleh semua benda nak masak dlm tu sebabnya rumah tak  tak berbau asap sangat especially kalau bab panggang memanggang ni.
Biasanya kalau nak memasak ayam percik kalau bakar atas dapur berasap 1 rumak, kalau dlm oven, 1 oven jadi kotor dan habis dinding oven jadi kuning.

Bahan-bahannya
* 3 keping paha ayam
* Santan pekat dari sebiji kelapa
* 3 biji bawang merah saiz sederhana besar
* 3 ulas bawang putih
* seinci halia
* 2 batang cili kering
* garam dan gula secukup rasa
* sekeping asam keping atau sedikit asam jawa dicampur sedikit air
Cara-caranya
1- Bersihkan ayam dan perap sebentar bersama sedikit garam yang dah ditumbuk dengan sedikit halia da bawang putih.
2- Atur ayam dalam kuali dan tutup kuali. Masak ayam dalam 10 minit.Buka penutup dan balikkan ayam dan tutup semula kuali. masak lagi 10 minit.Buka penutup dan pastikan kedua-dua belah ayam nampak keperangan . Kalau belum perang boleh masak sebentar lagi.Bila siap angkat dan letakkan dalam pinggan.
3- Masukan kan bawang,halia dan cili kering kedalam blender bersama secubit serbuk kunyit dan masukkan sedikit santan.Blend bahan bersama santan.
4- Masukkan bahan yang diblend kedalam kuali ajaib tadi(Kuali tu jangan dibersihkan selepas bakar ayam ya). Kacau hingga santan mendidih dan masukkan bahan perasa,pada masa ni kalau santan dirasakan agak cair boleh masukkan sesudu gandum yang telah dibancuh bersama sedikit air untuk memekatkan kuah).
5- Masukkan ayam dan biarkan santan mendidih dan pekat. Balik-balikkan ayam.masaklah hingga santan pekat dan ayam betul-betul masak.
* dalam gambar tu nampak banyak kuah kan? Puan Ros memang buat kuah lebih sebab anak-anak suka makan kuahnya.

Comments

Popular Posts