Mereka yang sudi.......

Saturday, February 15, 2014

Kebab Ayam

Sajian yang simple dan sihat. Daging ayam tampa lemak dan sayur-sayuran saja.. Buat sikit tak cukup dan kena buat lagi...
Bahan-bahannya
* Isi dada ayam yang dipotong dadu(dalam 30 keping).
* 3 biji capsicum ( 1 merah, 1 kuning,1 hijau).
* 2 biji labu bawang besar.
* 10 biji tomato ceri.
* 10 batang penyucuk lidi.
Bahab Perap Ayam
* 2 sudu besar sos lea & perins
*  1 sudu besar rosemary(mccomick dlm botol).
* 2 sudu besar Hp sos
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk lada hitam
* 2 sudu besar minyak zaitun
Cara memasak
1- Basuh bersih ayam dan keringkan airnya.perap ayam dgn bahan perapan dan biarkan selama 20 minit.
2- Bahan sayur gaulkan sedikit dgn lada putih dan secubit garam dan titisan minyak zaitun.
Cara menyediakan
1- Ambil sebatang lidi dan mulakan menyucuk tomato ceri dahulu,seterusnya boleh lah dicucuk daging ayam dan sayur-sayuran secara bergilir-gilir.Buat sampai habis.
2- panaskan pemanggang ajaib dan sapukan sikit minyak jika suka, atur 5 penyucuk kebab atas pemanggang dan tutup pemanggang.Gunakan api sederhana, masak kebab secara tertutup selama lebih kurang 5 minit.
3- Buka penutup dan balik kebab tadi, pastikan kedua- dua bahagian menjadi perang. Pastikan ayam masak dan sayur keperangan sebelum diangkat.
4- Hidang bersama sos jika suka, sayuran yang lebih boleh dimasukan kedalam kuali dan goreng sekejap dan hidang bersama kebab tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info