Butter Milk Chicken

Salam untuk semua. Salah 1 resepi yang masih menggunakan kuali ajaib ni.Bukan saja menggoreng ayam, ikan pum P.Ros goreng dalam kuali ni, lebih senang kerana tak ada lagi minyak yamg tepercik atas counter.
Senang membuatnya , sedap untuk diratah atau makan dengan nasi.

Bahan-bahannya
* 6 keping kepak ayam bahagian atas dan bawah yang dipotong menjadi 12.
* 1 cawan susu segar yang dicampur 1 sudu besar cuka(Pn.Ros membuatnya sehari sebelum dan disimpan dalam peti ais.
* 2 sudu besar serbuk kari
* 2 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
* 1 sudu serbuk lada hitam
* Garam secukup rasa atau sekeping kiub ayam
* Dalam 1 1/2 cawan tepung gandum
* 2 1/2 cawan minyak masak


Cara memasak
1- Bersihkan ayam dan keringkan airnya.
2- Masukan buttermilk dalam mangkuk besar dan masukkan ayam.Campurkan serbuk kari, bawang putih, serbuk lada hitam dan garam.Gaul rata.Perapkan 1 ke 2 jam.
3- Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk dan renjiskan sedikit serbuk ajishio.
4-Panaskan minyak masak dalam kuali ajaib dgn api sederhana.
5- Bila minyak sudah panas, ambil sekeping ayam mengunakakn penyepit dan celupkan ayam kedalam tepung gandum.
6- Atur ayam dalam kuali dan tutup penutup kuali.Masak ayam selama 7 ke 8 minit. Buka penutup dan tengok jika ayam sudah perang.Bila ayam sudah nampak garing boleh la dibalik dan tutup semula kuali.
7- Bila kedua-dua belah ayam sudah garing dan masak bolehlah diangkat dan tos minyak atas kitchen tower.Ayam siap untuk dihidang bersama sos jika suka.

Comments

Post a Comment

Popular Posts