Mereka yang sudi.......

Saturday, August 2, 2014

Roti Inti Serunding Daging

Salam pagi. Masih mood raya..tapi takde daya nak makan rendang, ketupat dan gulai bagai.
Serunding daging hasil lebihan krutuk daging yg dah takde sapa nak makan. Di panaskan dan dikeringkan hingga menjadi  serunding yang sedap..pun takde yang nak makan kat rumah nih. Hishhh...geram, pagi ni kita jadikan inti roti pulak, tengok makan ke tak.
Resepi ni mengunakan resepi roti sarang lebah yang famous dimana-mana dan secara lebih kurang.

Bahan-bahannya
1- 2 cawan tepung gandum
2- 1/4 cawan minyak masak
3- 1/4 cawan susu segar + 1 sudu kecil cuka
4- 1/2 cawan air suam
5- 1 sudu kecil yeast
6- 1 sudu besar gula
7- 1/4 sudu garam
8- 1/2 sudu kecil baking powder
Cara-caranya
1- Campur semua bahan dan uli hingga lembut dan tak melekat ditangan. Biarkan setengah jam.
2- Bulat-bulatkan adunan dan biarkan 10 minit.
3- Ambil sebiji adunan leperkan dan masukkan 1 sudu kecil serunding, tutup kemas dan buat sampai habis. Rehatkan dlm 15 minit. Sapukan dgn kuning telur atau susu segar.
4- Panaskan oven dgn suhu 150c dan bakar roti hingga bertukar warna keemasan selama lebih kurang 20 minit.

5- Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit butter semasa roti masih panas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info