Mereka yang sudi.......

Wednesday, August 13, 2014

Piza Tortillas

Salam untuk semua.
Lagi 1 resepi senang dan sedao.
Sebelum ni bila tengah sibuk berpikir apa kerepek yang senang dibuat untuk hidangan hariraya, tiba tiba timbul idea nak cuba goreng tortillas ni untuk dijadikan kerepek. Dan hasilnya Alhamdulillah, sedap dimakan.Krupnkrap krup krap depan tv.
Beberapa hari lepas ,  terpandang link yang buat mangkuk pizza tortillas ni tapi lupa pula link siapa( kalau ada yang terbaca bagitahu ya, kak ros nak cakap thank you dan nak kongsi idea membuatnya kat sini).
Bahan-bahannya
1- 1 bungkus kulit tortillas
2- Sos spaghetti dalam botol
3- Campuran parutan cheddar cheese dan mozzarella cheese
4- Beberapa batang sausage yang dihiris nipis
Boleh juga diletak, capsicum, bawang besar dan cendawan jika suka ( kat dapur ni bahan-bahan tu semua tak ada).
Cara-caranya
1- Tekap tortillas menjafi bentuk bulat dan masukkan kedalam acuan muffin.
2- Letakkan sesudu kecil sos sphagetti, dan letakkan beberapi keping sausage.
3- Letakkan pulak parutan cheese dan aturkan dlm 3 keping potongan sausage diatas cheese.
Bakar dalam oven dengan kepanasan 180c selama lebih kurang 20 minit atau sehingga cheesecair dan kulit tortillas garing.

2 comments:

  1. Sedap..salam kenal..follow blog..sudi ke blog sy nieda5515.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. semalam saya baru saja print resepinya untuk di buat bila bahan-bahan ada.hari ini saya jumpa pula kat blog Puan Ros,lagi la bertambah2 rasa nak membuatnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info