Mereka yang sudi.......

Saturday, August 2, 2014

Kisses

Salam untuk semua. Masih dalam mood raya dan cerita makanan dimeja raya.
Kisses yang juga agak senang dan ringkas untuk dibuat. Mungkin tidak sesumpurna dan secantik yang dibuat orang lain, tapi rasanya yang cair didlam mulut bila dimakan cukup untuk memikat hati sipemakannya.
Pilihan warna bergantung pada selera masing2. Lebihkan pewarna jika mahunya ianya berkaler terang.
Dan untuk yang ada kencing manis usahlah dimakan kisses ni sebab ianya sangat manis...Selamat mencuba.

Bahan-bahannya
1- 4 biji putih telur
2- Gunakan 1/4 cawan gula bagi setiap 1 biji putih telur.
3 - 1/4 sudu serbuk krim of tartar
4- Warna pilihan masing2.
5- Sedikit esen vanilla
Cara-caranya
1- Mesin 4 biji putih telur dgn kelajuan sederhana hingga berbuih.
2- Masukkan gula sedikit demi sedikit dengan  mengunakan kelajuan tinggi. Masukan krim of tartar ,vanila dan putar hingga telur putih menjadi bertanduk.
3- Bahagi kedalam dua mangkuk jika anda inginkan 2 tone colours.
4- Masukkan dlm 1/2 sudu kecil atau beberapa titis pewarna dan gunakan kaedah kaub balik menggunakan spatula hingga semua warna sekata dan sebati.
5- Masukkan nozel berbentuk bintang kedalam piping bag. Tekan diatas tray yg telah dilapik dgn kertas kek.
6- panaskan oven dgn 50 ke 60 c dan bakar lebih kurang selama 2 jam.
7- Bila kisses dah betul2 garing dan masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan kisses sejuk sendiri didalam oven.
8- Bila betl2 sejuk boleh la disimpan dlm bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info