Mereka yang sudi.......

Sunday, August 17, 2014

Kek cawan dalam cawan

Salam untuk semua..
Sebenarnya dah lama dok cari cawan silicon untuk cupcakes cawan ni. Kali pertama melihatnya di sebuah cafe di USJ subang hati terus meronta untuk memilikinya. Pasang angan2 mungkin boleh dapat diDaiso.malah pernah meminta kawan yg bercuti di Jepun untuk mencarinya diDaiso Japan. Tapi harapan tak kesampaian...dan taraaa...rupa-rupanya benda ni ada jual diLazada......Lazada yang terkenal dgn fast sevice menunaikan hajat kita hanya dlm masa 3 hari.
Dan hanya dgn mengunakan resepi yang agak simple, mark ni pagi2 kita mulakan project cupcakes coklat dlm cawan.
Resepi
* 125 grm gula halus
* 125 grm butter
* 100 grm tepung kek
* 25 gram serbuk koko
* 2 biji telur gred A
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/4 sudu garam
* 1/4 cawan susu segar + 1 sudu kecil cuka atau 1/4 cawan butter milk.
* 1 sudu besar kopi emulco
Cara-caranya
1- .panaskan oven dgn suhu 160c
2- Putar butter dan gula hingga gebu dan masukkan telur, pukul sebentar lagi.
3- Masukkan kesemua bahan kering dan pukul dgn kelajuan sederhana.
4- Masukkan butter milk dan kacau hingga bahan sebati.
5- Masukkan kedalam acuan dan bakar selama 20 ke 25 minit.
Untuk topping
Puan Ros cuma panaskan sedikit whipping cream dan masukkan potongan 
Coklat masakan secara double boiler. Sudukan keatas cupcakes tadi.

2 comments:

  1. wah puan ros, cantiknya macam nak beli je lah cwn tu..

    ReplyDelete
  2. Kak nor order je dari Lazada rm 29.00 dapat 4 cawan 4 piring.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info