Sira Roti

Salam Ramadhan untuk semua. Ini adalah resepi nostalgia masa kecik-kecik diwaktu bulan puasa. salah satu resepi untuk berbuka yang akan dimasak oleh ibu P. Ros. Dan P.Ros suka sangat sira roti ni.Dah siap masak pukul 1 tadi dan masukkan kedalam peti ais. masa kecik2 kat kampung tak ada pun peti ais,sira roti ni tetap sedap. Sekarang je ada pilihan untuk simpan dalam peti ais sebelum dimakan.Mana yang sudi sila la cuba.
Bahan-bahannya
* 1 bantal roti yang belum dipotong (P.Ros beli di Tesco)
* 1 1/2 cawan gula
* 4 biji telur saiz besar
* 2 cawan air
* 3 helai daun pandan
* 5 biji bunga cengkih
* setitik pewarna kuning

Cara memasak
1- Masukkan gula,air, daun pandan dan bunga cengkih kedalam periuk.Masukkan juga pewarna.
2- Masak sirap hingga mendidih.
3- Potong roti menjadi kepingan sederhana besar dan celup dalam telur yang telah dipukul. Masukkan kedalam sirap yang sedang mendidih.Masukkan dalam 4 keping roti pada satu-satu masa.
4- Balik-balikkan roti tadi hingga roti nampak lembik dan sirap telah menyerap kedalam roti.Angkat roti dengan menekan keluar sirapnya dengan senduk ditepi periuk.Masukkan roti kedalam mangkuk hidangan.
5- Buat proses yang sama hingga roti habis.Akhir sekali sirap yang masih berbaki didalam periuk boleh lah dituangkan keatas roti didalam mangkuk hidangan tadi.
6- Biarkan roti sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk sebelum dihidang.

Comments

  1. Selamat berbuka puasa kak Ros sekeluarga.
    First time dengar resepi sira roti... he he heh jakun betul, terima kasih kongsi resepi ini ya Kak Ros.

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan kak ros.. ermmm sedpa nampak sira roti nie thanks kongsi resepi lama d5 cari resepi nie xde letak susu, d5 xsuke susu heheheh..Selamat bersahur n berbuka puasa kak ros..

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut ramadhan al mubarak akak cayang miss u
    hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mimi.Selamat berpuasa juga untuk mimi dan keluarga ya.

      Delete
  4. Kita mintak sikit boleh ar....
    Selamat menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  5. Bonda..ade sikit lagi ni..boleh kita kongsi.Selamat berpuasa ya.

    ReplyDelete
  6. Baru lps siap masak sira roti..nie pebret my brother.nie menu wajib dia,mak akn masakkn stp bulan puasa..hope rse sme la..hihihii..:)

    ReplyDelete
  7. Salam kak ros, selamat berpuasa....menu yang unik, tak pernah rasa, tq sudi share resepinya : )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts