Mereka yang sudi.......

Sunday, July 8, 2012

Pavlova


Salam Ahad untuk semua. Akhirnya .....terjadi juga pavlova ni.Dari tahun  lepas berangan nak buat bila 1st time tengok kak jun dari cupcake kasih tayang pavlovanya.Lepas tu tengok kak1 dari citarasawan dan ramai lagi rakan2 bloger yang mula buat.. 2 3 minggu lepas my own dearest sister tayang anak2nya makan pavlova yang dibuatnya kat FB,dan yang terakhir nampak kat dapur Rahel. Hari ni nekad nak buat dan tara.....Resepi asal dari tok guru CMG. My laling kata sedap.....but my 1st princess kata..mama it's too sweet....so terpulang la pada citarasa masing-masing kan???? Me???? aik kita masak..kita makan...mesti la sedap...
Rahel dan Che Mat...kak Ros copy and paste dan tayang kat sini ya..  

Pavlova
Sumber:Dapur Tanpa Sempadan dan Rahel


Bahan:
4 biji putih telur (Rahel guna telur gred A)(P.Ros guna 5 biji telur gred B)
1 cawan gula halus
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan non-dairy whipping cream-putar hingga kembang
Buah-buahan segar seperti strawberry,blueberry,peach (pilihan)

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 180'C,buat satu bulatan berukuran 9'' pada kertas minyak.
   Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alaskan pada loyang pembakar (gunakan bayang
   bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti).Ketepikan.
2.Putar telur hingga berbuih,guna kelajuan tinggi,masukkan gula halus sedikit demi sedikit
   hingga habis dan terus putar lagi hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat.
   Ayak tepung jagung,kacau rata dengan spatula.
3.Masukkan esen vanila dan cuka makan,gaul rata.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentuk-
   kan bulat dan tinggi sedikit,tak perlu kemas-kemas sangat.
4.Turun suhu oven pada suhu 130'C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit,guna api atas
   dan bawah.Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang,matikan api oven,renggangkan
   sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
5.Bila sejuk,berhati-hati,alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai.
6.Tuangkan non-dairy whipping cream yang sudah diputar tadi ke atas pavlova dan ratakan.
   Hias dengan buah-buahan segar seperti dalam gambar.

*Rahel isikan meringue ke dalam piping bag dan paipkan ke atas kertas pembakar sebab

  Rahel buat pavlova yang kecik*(Kak Ros pun sama...buat pavlova kecik-kecik macam Rahel)


                                                      happy cooking

14 comments:

  1. comel2 akak buat suka sya tgk....sya dh buat mggu lps tp che abang tak suka katanya manis, pdhal gula tu sya dh kurangkan separuh....mmg dia tak suka kot, smpai saya trus lupa nk n3...ble tgk akak punya comel2 teringin nk buat lg...hehe

    ReplyDelete
  2. Hai Khairiah, tak ramai org laki2 suka yang manis2 pun.Che abang kat umah akak ni lain pesen sikit..dia memang sweet tooth.

    ReplyDelete
  3. Dah lama tenang resepi ni tapi masih tak terbuat2 pun lagi. Ermmm entah bile le agaknya nak menjadi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita..kak sam...tunggu sampai setahun sebelum mencubanya..hehhe

      Delete
  4. Salam Kak Ros...
    tingginya pavlova tu..boleh muat byk krim n buah2an...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Rahel..kak Ros buat telaga tinggi-tinggi....masuka krim dan buah banyak2...makan 1 sorang cukup.Yang lain simpan dalam bekas kedap udara.Esok makan lagi..hahhaha

      Delete
  5. salam kak ros..wahh dh buat..zila x try lg nie..nengok kt sini teringin la pulak:)

    ReplyDelete
  6. Salam kak ros, wah sana sini tgk resepi pavlova ni ya, nnt akan dicuba : )

    ReplyDelete
  7. wowww..ada mini pavlova..daapnyer kakros!! dh lama kita x melova2kan diri..hehe!!

    ReplyDelete
  8. Salam.. Sedapnya pavlova.. Tengah jadi trend sekarang.. :)

    ReplyDelete
  9. This is another item that I have yet to try, shall find one day to try out.

    ReplyDelete
  10. Nak try, tapi sy xtry-try. Dah lebih setahun. Haha. Entah bila nk try.. Cik abg xbaper gemor manis. Skali skala nk try jugak. Huhu... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info