Mereka yang sudi.......

Wednesday, August 17, 2011

Turkish Pide

Salam Ramadhan .Sementara menunggu masa berbuka dan masakan semua dah siap.kita luangkan masa to update N3 ni.Gambar pun diambil masa pide ni baru dikeluarkan dari oven and little laling makan dah habis sebiji dan asyik cakap sedap mama..sedap mama.
Thank u Diana tuan punya resepi dan juga ayu.kak Ros nak CNP kat sini ya.

Turkish Pide
Sources:- From http://resipidiana.blogspot.com 
CNP form : Cutlybabe's Satisfaction

Bahan Doh pide


  • 480 g tepung roti
  • 375 ml air suam (Kak Ros guna lebih kurang 350 ml aja)
  • 60 ml minyak zaitun
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu teh garam,
  • secubit gula kastor
Bahan Inti pide

  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 biji bawang dpong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 biji telur
  • daun sup secukupnya, dipotong halus

Bahan sapuan pide


  • 50ml susu segar
  • 1 biji telur

Cara membuat pide


  1. Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
  2. .Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
  3. Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
  4. .Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).

Cara Inti Pide


  1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

Cara membuat pide


  1. Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
  2. Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
  3. Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
  4. Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
  5. .Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
  6. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
  7. Pide pun siap untuk dihidangkan.Enak dimakan panas.

4 comments:

  1. Salam Kak Ros...wahhhh mesti ni....ada masa macam nak cuba juga lah..adusssssss...berderet list ni nak kejar...silap2 ada yang potong Q ni...

    ReplyDelete
  2. Salam sue.Sedap tu.Kak Ros dapt 9 biji,sekelip mata zaaapppp...habis.Tak sempat nak simpan sahur.

    ReplyDelete
  3. Assalam Kak ros,
    waduh kita lambat tiba, kita tak online berapa hari.....confirm memang dah tak adalah untuk kita ya..heheh..cantik kak ros buat tu..sampai juga kedapur kak ros ya turkish pide ni..thanks kak sudi cuba ya..lain kali boleh lah buat lagi ..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Ayu.Thank u kongsi resepi tu ya. Memang sedap.Kejap aja lepas buka puasa terus lesap dari meja.Ingat boleh buat sahur,tak ada chance pun.Little laling makan habis sebiji tu sorang2 dia.Memang nak kena buat lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info