Mereka yang sudi.......

Thursday, August 11, 2011

Kerabu Perut Lembu

Salam Ramadhan.Ini adalah resepi kerabu yang ke 3 yang kita masak dibulan puasa ni.Bulan puasa tahun ni memang istimewa dari tahun-tahun yang lain sebab hari-hari kita dapat berbuka dengan mak ayah tercinta. Sebab tu la hari hari kita masak apa yang dia orang rasa nak makan.Mereka juga akan beraya kat sini tahun ni.So raya nanti kita tak ada la balik kampung.Kerabu perut lembu ni memang salah satu makanan kegemaran orang klate.Tak semua orang boleh makan perut lembukan.My laling pun cuba 1 sudu aja.Tak brapa suka la tu.Tak apa ling ,mama tolong habiskan bahagian you punya...no problem sebab kita memang suka makan kerabu perut lembu ni.sapa -sapa nak cuba boleh la ambil resepi ni ya.

Bahan-bahan
* 2 paket perut lembu (lupa nak tengok brapa gram kat bungkusan tu)
* 7 batang kacang panjang dipotong halus-halus
* 2 ekor ikan rebus ditumbuk
* 200 ml santan pekat (kita guna yang dalam kotak)
* 1 labu bawang besar
* 1 mangkuk kecil kelapa dibuat kerisik
* 1 biji cili merah dipotong nipis
* cili padi seberapa banyak yang disukai dan dipotong halus
* beberapa batang daun kesum dipetik daunnya dan dipotong halus
* Jus dari 1 biji limau nipis
* garam dan gula secukup rasa


Cara memasak
1- Rebus perut lembu hingga lembut dan dipotong sederhana besar.Angkat dan toskan airnya.
2- Masukkan perut lembu kedalam mangkuk, campurkan kacang panjang,daun kesum, bawang besar,cili dan kerisik.Masukkan juga ikan yang telah ditumbuk.
3- Panaskan santan dengan api kecil hingga sedikit mendidih dan sejukkan.
4- Tuangkan santan yang telah sejuk kedalam mangkuk perut lembu dan perahkan asam limau nipis.Masukkan pula garam dan sedikit gula.Gaul hingga semua bahan rata.
5- Simpan kerabu didalam peti sejuk.Keluarkan kerabu  dari peti ais 20 minit sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba.









2 comments:

  1. Salam KakRose. Wah, spesel nya menu... lagi spesel berbuka dgn FAMA kan...huuuu, sedih nya kita.

    ReplyDelete
  2. Salam Roz,Menu ni memang special habis nasi berpinggan -pinggan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info