Mereka yang sudi.......

Friday, August 5, 2011

Pulut Kuning

Salam Ramadhan untuk semua.Sepanjang bulan puasa ni malas sungguh kita nak update N3.Hari ni rajin sikit rasanya sebab rumah ni meriah dengan kedatangan ayah bonda serta kakak kita yang sulung dan anak-anaknya dari kelantan.Pulut Kuning ni permintaan mak bonda.Dia terasa nak makan pulut kuning dan rendang.So dengan penuh semangatnya kita memulakan operasi mengukus pulut dan masak rendang ayam bila balik dari tadika tadi.Gambar tu pula hasil tangan kakak kita.  Thank u kak. Pulut tu juga dihidang bersama sambal daging (serunding daging) dan rendang..Jom tengok resepi pulutnya dulu ya.

Bahan-bahannya
* 600 grm beras pulut direndam selama 3 ke 4 jam
* 2 cawan santan pekat dicampur 2 sudu kecil garam
* sehelai daun pandan dipotong 3
* sedikit pewarna kuning
Cara memasak
1- Rendam beras pulut bersama pewarna kuning dan toskan airnya.
2- Panaskan air dalam kukusan hingga mendidih.Masukkan pulut bersama daun pandan tadi dan kukus hingga separuh masak.
3- Bila beras pulut sudah separuh masak tuangkan kedalam mangkuk besar dan siramkan santan yang sudah dicampur bersama garam diatasnya.Gaul rata dan tambah santan sedikit sedikit hingga santan habis.pastikan santan dan pulut sebati dan masukkan semula kedalam kukusan dan kukus hingga masak.
4- Bila sudah masak,angkat dan masukan kedalam bekas pilihan masing-masing dan tekan rata.Hidangkan bersama rendang atau sambal daging.

2 comments:

  1. wah!nampak sedap menu ni...blm pernah cuba buat lagi masakan berkaitan dgn pulut =0).

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan vivi, boleh cuba raya nati kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info