Mereka yang sudi.......

Wednesday, August 10, 2011

Kerabu Mangga Muda Ikan Goreng

Salam semua.Kemalasan menulis entry di bulan puasa ni memang menjadi-jadi.Tapi ingatkan nak simpan resepi-resepi ni untuk rujukan anak-anak kita rajin-rajinkan diri.Hari-hari masak tapi malas nak petik kamera,tapi kita rajinkan diri untuk menulis dan menyimpan resepi-resepi tradisional seperti ini sebab resepi yang macam ni kita selalunya belajar dari bonda kita.So mesti nak perturunkan pada anak-anak pulak.Kita buat resepi kerabu ni seperti yang mak kita cakap dan ikut citarasa yang dia rasa nak makan. Jemput mencuba ya!


Bahan-bahan
* 2 biji mangga muda diparut
* 2 ekor ikan goreng diambil isinya
* 1 labu kecil bawang besar di hiris halus dan nipis
* cili padi sebanyak yang disuka dihiris halus
* Lebih kurang 2 genggam kelapa digoreng dan dibuat kerisik
* 2 ulas bawang merah
* garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
1-Mangga diparut dan letakkan dalam mangkuk.
2- Tumbuk isi ikan ,bawang merah ,garam dan gula hingga sebati dan masukkan kedalam mangkuk mangga tadi.
3- Kelapa digoreng hingga garing keperangan dan ditumbuk hingga pecah minyak dan menjadi kerisik dan campurkan kedalam mangkuk mangga.
4-Masukkan pula bahan-bahan hirisan kedalam mangkuk dan gaul semua bahan hingga sebati dan rata.Siap untuk dihidangkan.


4 comments:

  1. Salam Kak Ros...pekabo...lama tak singgah kesini...emmm...bestnya kerabu...kalau cek ni suka ratah cam tu je...sedapppp...:)

    ReplyDelete
  2. salam cik cek.dah 3 hari berturut-turut kak ros buat kerabu.Hari ni kerabu perut lembu pulak.Mak kak ros ada kat sini so kita makan semua makanan org kpg kita sempena ramadhan ni sampai puas..hi..hi..hi...

    ReplyDelete
  3. kak ros! =0).
    time iftar layan kerabu mmg asyik! =0).
    dah lama saya tak makan kerabu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info